Ahad, 29 April 2012

PENILAIAN PROJEK HIDROPONIK

Balik dari kuliah yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad, saya terus menulis entry ini...takut2 terlupa pula nanti. Saya sekadar ingin berkongsi tentang hasil-hasil projek hidroponik yang telah disiapkan oleh rakan-rakan seperjuangan. Menyiapkan projek ini merupakan menambahkan satu lagi keseronokan dalam hidup saya. Dalam semester ini, kursus Teknologi Tanaman Sayuran dan Hiasan banyak memberi pengetahuan berguna memandangkan saya amat meminati dunia perkebunan memandangkan saya membesar dengan hasil kebun yang diusahakan oleh ayah. Okeylah, mari saya tunjukkan hasil-hasil projek hidroponik kelas kami.







Kedua-dua projek di atas menanam kangkung. Tuan punya projek no.3 bercerita kepada saya yang kangkung ditanam olehnya, telah 3 kali dapat dituai hasilnya. ini bermakna dia telah memasak hasil projeknya sebanyak 3 kali. emm..selepas ini, dah tak payah ke pasar lagi dah hehehe. untungkan...







Pokok lada ini pula hasil daripada projek hidroponik jenis fertigasi. Tak tau apa itu fertigasi? Yang itu saya akan jelaskan di blog ILMU PPG UTHM yang akan diwujudkan tidak lama lagi. Tungguuuuuu ye....









Saya perkenalkan inilah dia pensyarah yang bertanggungjawab membimbing kami dalam projek hidroponik. Nama beliau ialah Encik Hussin bin Yaakob. Beliau merupakan seorang pensyarah yang dipinjam oleh UTHM dari Institut Pendidikan Tun Hussein Onn. Encik Hussin ni memang seorang pensyarah yang baik. Sabar je melayan karenah kami. 
Terima kasih En.Hussin kerana telah mengajar kami selama 3 semester. 
Harap2 untuk semester depan pun akan tersenarai sebagai tenaga pengajar untuk kelas kami.