Isnin, 11 Julai 2011

LAGU 1 MALAYSIA - Suntik Semangat Perpaduan

Sebentar tadi, saya baru sahaja menjalankan tugas sebagai seorang guru Muzik walaupun agak 'buta' dalam bidang ini. Maklum ajelah, bukan opsyen saya namun demi tugas yang dipertanggungjawabkan, saya berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan ilmu ini.
          Kisahnya pada hari ini ialah tentang Lagu 1 Malaysia. Merujuk kepada tajuk saya di atas ( macam nak tulis surat rasmi la pulak hehehe...), mengikut pendapat saya yang tidak seberapa ini dan bukan sesesiapa, bukan tokoh negara, bukan ahli akademik, juga bukan ahli politik mahupun bukan doktor falsafah, saya dapat merasakan semangat patriotik dan naluri perpaduan dapat diserapkan dalam diri jika menghayati lagu ini. Liriknya amat bermakna dan mengajak semua bangsa tidak mengira darjat, agama, jantina menjadi satu bangsa demi negara tercinta. Lagu ini telah dijadikan lagu tema Sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-52 iaitu pada tahun 2009. Sebenarnya lagu ini memenangi Pertandingan Mencipta Lagu 1 Malaysia.
Bagi mengembangkan dan mempopularkan lagu-lagu patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Lagu 1 Malaysia.
           Berikut ialah lirik lagu 1 Malaysia

Dunia kian berubah, Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati, kejayaan terbukti
Dunia yang megah, dengan misi yang gagah,
Kerana perpaduan, Kita masih bersama,

c/o Kita satu bangsa, satu negara
Kita satu matlamat ooooo....
Kita satu bangsa, satu negara,
Kita satu Malaysia.

Bermulanya sekarang, Perjalanan dilaksana,
Seia, Sekata, Sehati dan Sejiwa,
Membina masa hadapan, Menuju kejayaan,
Kita semua rakyat Malaysia,
Harmoni, Saling menghormati

Pencipta Lagu : Universiti Lim Kwok Wing, KL

Jom dengar lagu ini bersama. Sebarang pendapat adalah digalakkan.



Ahad, 10 Julai 2011

TRANSFORMER 3 - Dark Of The Moon

Bagi peminat filem hebat ini, mungkin anda tidak melepaskan peluang dan telah ke pawagam yang terdekat untuk menjadi orang yang pertama bagi menyaksikan aksi-aksi hebat autobot yang dipertontonkan. Malang bagi saya kerana ketika menulis artikel ini, saya masih belum berkesempatan untuk menontonnya :-( ..... Oleh kerana anda telah pun menontonnya, apa kata anda kongsikan segala pendapat anda tentang filem tersebut di blog saya ini. . Sebelum itu, jom kita saksikan dulu trailer filem ini.




Persoalannya, adakah filem Transformers 3 ini sehebat filem-filemnya yang lepas? Apakah pandangan anda terhadap pelakon wanita yang menggantikan Megan Fox? Adakah dia berjaya memadamkan kehebatan pelakon yang terdahulu? Kongsikan pendapat anda di sini.
            Jika anda ingin mengetahui juga ingin mengikuti perkembangan terbaru filem ini, anda boleh mendaftar di website rasminya di likn URL ini http://www.transformersmovie.com/

Jumaat, 8 Julai 2011

Pemakanan Sihat Untuk Gigi Kuat.

Kerosakan gigi di kalangan anak-anak kecil cukup mudah berlaku. Sememangnya ia dianggap perkara biasa yang berlaku namun adalah wajar ibu bapa harus prihatin dalam langkah mencegah ianya terjadi demi kebaikan dan kesihatan si kecil.
Ibu bapa yang sentiasa menitikberatkan kesihatan si kecil harus tahu tentang pemakanan sihat yang bukan sahaja menguatkan gigi  malah akan dapat memelihara kesihatan gigi mereka. Jom baca apakah makanan sihat untuk gigi kuat.
Sentiasa sediakan buah-buahan di dalam peti sejuk tuan-puan. Galakkan anak-anak memakan buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin c seperti oren, strawberi mahu pun anggur. Jadikan amalan memakan buah-buahan ini sebagai satu amalan yang akan menjadi ikutan anak-anak. Anak-anak ialah pengikut yang tegar, bukan? Buah-buahan ini boleh menghapuskan bakteria yang membiak di dalam mulut si kecil dan membantu mencegah gingivitis.
Para ibu perlu menghidangkan susu, yogurt dan keju yang mampu meningkatkan kandungan paras PH di dalam mulut sekaligus mengurangkan risiko kerosakan gigi. Susu, yogurt dan keju adalah makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi dan kaya dengan vitamin D di mana akan membantu menguatkan gigi kanak-kanak di samping mencegah daripada rosak dengan cepat. Anda juga perlu tahu bahawa susu, yogurt dan keju dapat membantu anak-anak anda membesar dengan sempurna dan turut memelihara dan menguatkan tulang.
Anda juga sesekali perlu menyediakan makanan seperti labu, biji matahari dan biji bijan di dalam menu makan keluarga anda. Biji-bijian ini sangat tinggi dengan kandungan lemak semulajadi yang dapat membantu melindungi gigi daripada bakteria dan ia juga dapat menguatkan enamel yang dapat melindungi gigi si kecil daripada kaviti yang boleh mentebabkan gigi anak-anak anda sensitif.
Jangan lupa juga untuk menyajikan serta mengamalkan makan sayur-sayuran seperti lobak, kacang hijau dan syuran berdaun kerana amat-amat sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak demi membantu membersihkan gusi dan gigi daripada plak yang terkumpul selepas makan. Anda tentu tidak mahu melihat sisa makanan pada gigi anak anda apabila mereka mengukir senyuman, betul tak?
Seterusnya, benarkan anak anda mengunyah gula-gula getah tanpa gula kerana dengan mengunyah gula-gula getah dapat meningkatkan pengeluaran air liur di dalam mulut dan ini membantu mencegah kerosakan gigi daripada berlaku.

MENJAGA GIGI ANAK-ANAK ANDA

Pangku anak anda semasa menyusu botol daripada mulutnya sebaik sahaja dia tidur.Sekirannya anak anda enggan, tidur tanpa botol di dalam mulutnya, isikan botol dengan air masak kosong. Bersihkan mulut anak selepas memberi makan atau minum dengan tuala bersih yang basah.Jadikan kebiassaan untuk memberus gigi dua kali sehari apabila lebih banyak gigi tumbuh. Elakkan memberi minuman yang manis atau mencampurkan gula ke dalam minuman botol anak anda. Usahakan agar anak anda tidak lagi menggunakan botol susu apabila sudah berumur satu tahun. Latih anak anda minum susu dengan menggunakan cawan. Bawa anak anda ke klinik seawal mungkin untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian.


sumber : Majalah Harmoni