Jumaat, 2 Disember 2011

Kids Clothing Boutiques : Baju Cantik, Anak Bergaya.

Hati seorang ibu sering menginginkan anak-anaknya sentiasa cantik, betul tidak apa yang saya katakan? Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kids clothing online boutiques. Setelah melayari internet, saya telah menjumpai beberapa blog perniagaan yang menawarkan pakaian kanak-kanak yang bermacam fesyen. Melihatkan kids clothing shops secara online ini yang menawarkan pelbagai fesyen yang cantik dan menarik, telah menimbulkan idea kepada saya untuk membuka kids fashion clothing yang murah di alam maya.
 Jom tengok fesyen pakaian kanak-kanak yang bakal saya tawarkan kepada anda semua...
JOM!

Sara Dress

Sweater

Sweater

GAP Pyjama

GAP Pyjama

Girl T-shirt

Boy T-shirt

2 pieces outfit

2 pieces outfit

Boy T-shirt

Girl t-shirt

Sara Dress

Buat sementara ini saya rancang untuk menjual pakaian-pakaian ini secara borong dahulu. Pada sikit masa lagi, saya akan membina mini kids clothing shop. Jadi sape-sape yang melanggan, tolong tinggalkan email anda untuk saya hubungi nanti.

Isnin, 26 September 2011

Kisah Sedih Sebuah Persahabatan.

Sememang saya akui bahawa dunia jika tanpa seorang sahabat di sisi, amat payah. Namun pada hari ini benar-benar susah untuk mencari seorang sahabat yang menemani di kala senang mahupun susah. Semoga anda termasuk di kalangan orang-orang bertuah yang berjaya memperolehi seorang teman yang baik.

Selasa, 6 September 2011

Semuanya Tentang SPY MYEONG-WOL (Ost , actor/actress)

Saya tidak pernah terkejut dengan demam drama Korea yang melanda masyarakat Malaysia kini. Kenapa? Antara sebabnya ialah kandungan dan jalan ceritanya yang amat menarik. Lagipun, para pelakonnya sangat handsome, kacak dan sasa malah tegak, ini pelakon lelakinya dan pelakon wanitanya pula sangat cantik dan cute. Oh ye..Ingin tahu drama apa yang menjadi kegilaan di Malaysia sekarang? Semestinya K-Drama Spy MyeongWol. Saya akui sememangnya drama ini tersangatlah best. Jom baca apa yang saya dapat daripada drama ini....




SIPNOSIS
Han Myeong Wol adalah merupakan seorang spy dari Korea Utara yang berusaha untuk menempatkan dirinya dalam pasukan elit negara itu. Bagi membuktikan keupayaannya, Myeong Wol diberikan satu tugasan di mana pada mulanya dia dikehendaki membunuh Kang Woo iaitu seorang pelakon terkenal. Namun, misinya terpaksa diubah. MyeongWol diarahkan sama ada  menculik pelakon popular itu atau mengahwininya dalam usaha membawa Kang Woo ke Korea Utara. Dalam usahanya itu, MyeongWol telah jatuh hati dengan Kang Woo.


BARISAN PELAKON



Han Ye Seul sebagai Spy Han Myeong Wol


Eric sebagai Kang Woo

Lee Jin Wook sebagai Spy Choi Ryu


Jang Hee Jin sebagai Jo Inh Na

Ost Spy Myeong Wol

OST Part 1 - Afraid of Love - Bobby Kim



OST Part 2 - Lena Park- More Than Anyone in the World

Ost Spy Myeong Wol - Lena Park (More Than Anyone in the World - Eng Translation Lyrics)

Lena Park- More Than Anyone in the World (Hanggu & Eng Translation Lyrics)

Ost Spy Myeong Wol Part 2



Without permission, I fell in love
But that person doesn't know I am this way
Such a fool for not knowing

I love you more than anyone in this world
Those heartful words
The tears pooled up in my eyes is my love
These tears are for you

This love that has started without your permission
I love you
Even though it hurts, I want to keep going on
I want to go till the end even if it is endless

If my heart runs my love will run with it
Even though I can't see that person now
My love is still running

I love you more than anyone in this world
But you don't know yet
These tears that slid down to my lips are so warm
These tears are for me

Even if my heart that contains only you may explode
I want to go till the end
I still want to do it even if it is endless
I love you

The tears that fell on my foot is making me cry out again
Although I know that this is love

I love you more than anyone in this world
Those heartful words
The tears pooled up in my eyes is my love
These tears are for you

This love that has started without your permission
I love you
Even though it hurts, I want to keep going on
I want to go till the end even if it is endless

 

Isnin, 5 September 2011

Ost Spy Myeong Wol - Afraid Of Love ( Bobby Kim )

Lagu best daripada Bobby Kim yang menjadi ost K-Drama Spy Myeong Wol.

Ost Spy Myeong Wol Part 1 - Afraid of Love + lyric



ireoda michyeobeorilji molla..
ani imi neoege
michyeo beoryeonneunji moreuji…..
 ireoda jugeobeorilji molla..
ani ije neo eobsin
sal su eomneunjido moreuji…..

i sesangen an doeneun sarang…
saranghaeseon jeoldae an doeneun saram…..

neoreul doraseolsurok deo neomu bogo sipeoseo
jakku geobina sarangi nan museowo
geurimjakkajido geuriun saram
geuge neoraseo neomu duryeowo….


neol seuchyeo gasseoya haenneunde
saranghaji marasseoya haenneunde……

neoreul doraseolsurok deo neomu bogo sipeoseo
jakku geobina sarangi nan museowo
geurimjakkajido geuriun saram
niga neomu duryeowo…..

gareuchyeo jullae eotteokhaeya i unmyeong apeseo beoseonal su isseulkka…..

neoreul saranghae..saranghae..jugeul mankeum saranghae…
gaseumi apa michil geotman gateunde
swil sae eobsi nunmul heulleodo neoreul
saranghal su eobseodo saranghae…..

[ENGLISH TRANSLATION]

I might go crazy
No, actually I already might be already crazy about you
I might just die
No, actually I already might not be able to live without you
A love that can’t happen in this world
A person that I shouldn’t fall in love with
The more I turn my back against you
I miss you even more
I’m getting scared, I’m scared of love
I even miss your shadow
I’m so scared that my love is you
I should have just passed you by
I should not have fell in love with you
I miss you even more
I’m getting scared, I’m scared of love
I even miss your shadow
I’m so scared that my love is you
Can you tell me what to do?
Will I be able to get out of this fate?
I love you, love you
I love you to death
Even if my heart aches so much
Even if my tears won’t stop
Even if I can’t love you
I love you

Khamis, 25 Ogos 2011

Definisi Dan Konsep Kurikulum.

Di sini saya ingin kongsikan anda tentang salah satu topik/tajuk di bawah kursus Perkembangan Pendidikan Di Malaysia di bawah Program Persiswazahan Guru (PPG 2011) iaitu Defenisi Dan Konsep Kurikulum. Saya berharap apabila saya menyiarkan tentang perkongsian maklumat ini akan makin memudahkan pencarian anda di luar sana bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengannya.




ABSTRAK
Tugasan yang dijalankan bertujuan mengetahui Rekabentuk Kurikulum di Malaysia. Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi. Definisi kurikulum juga dapat dijelaskan didalam tugasan ini. Kurikulum menurut Kementerian Pelajaran Malaysia bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan maysarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Tugasan ini juga menyatakan latar belakang kurikulum kebangsaan, kurikulum pra sekolah dan kurikulum sekolah rendah.

PENGENALAN
            Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.
            Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum  yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.
            Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).
            Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).

REKABENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA

1.1.        MAKSUD REKABENTUK KURIKULUM

Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.
Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994)
 

Selasa, 23 Ogos 2011

Tugasan PPG Kajian Tindakan

Salam sejahtera semua.


Pada semester pertama pengajian saya sebagai seorang siswi di UTHM, Batu Pahat, saya telah diarahkan menyiapkan tugasan iaitu perlu melakukan kajian tindakan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup dalam kursus . Saya dapati agak sukar untuk mencari panduan dalam membuat laporan. Namun kemudiannya saya bernasib baik kerana pensyarah, En.Ghazally b. Spahat berkongsi manual panduan kajian tindakan ini dengan kami dan di kesempatan ini saya turut ingin berkongsi dengan anda manual panduan menulis bagi  menyiapkan kajian tindakan anda sendiri

Kajian Tindakan dalam pendidikan menjadi satu perkembangan penting yang menjadi altenatif penyelidikan kepada pendidik.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Info Kecantikan

Concealer Mengikut Jenis Kulit.

'Concealer' bertujuan untuk menyamarkan noda atau bahagian yang kelihatan kurang sempurna pada wajah. Ia diaplikasikan sebelum sapuan bedak asas untuk menghindari kesan lapisan lain yang lebih tebal pada bahagian-bahagian tertentu. Berikut adalah jenis-jenis 'concealer' mengikut jenis kulit.

Liquid Concealer (cecair)
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Diaplikasikan dengan menggunakanspan atau berus.
Berperanan untuk menutupi garis lengkung hitam di bawah mata.

'Pencil Concealer'
Sesuai untuk menutupi bintik-bintik hitam atau jerawat pada kulit berminyak.
Teksturnya sedikit kering berbanding jenis cecair.

'Cream Conealer'
Kurang sesuai untuk kulit jenis berminyak.
Berbentuk 'stick' atau padat.
Berperanan untuk menutupi bintik-bintik yang jelas dan lebar.

Cara Pemakaian Concealer.
Sapukan concealer dengan jari manis. Concealer boleh disapu selepas atau tanpa bedak asas sekalipun. Jika anda mahu riasan yang lebih semulajadi, pakailah concealet dalam kadar yang minimum. Sapukan beberapa titik concealer padda bahagian kulit yang gelap terlebih dahulu. Sebaiknya, sapukan dengan jari manis kerana jari inilah yang paling lemah. Dengan itu, sapukannya lebih lembut khususnya untuk bahagian bawah mata.

Sapuan Pemerah Pipi Untuk Wajah Bentuk Hati.
Untuk menyimbangkan panjangnya wajah anda, lakukan sapuan pemerah pipi pada bahagian atas atau sekitar bahagian tulang pipi. Lakukan secara 'horizontal' (arah pemulasan ke kanan dan ke kiri melata) untuk mencipta ilusi wajah lebih lebar. Pastikan anda membuat sapuan tersebut cukup lebar supaya ia kelihatan semulajadi. Tambahkan 'shading' di bahagian dagu dengan pilihan warna pemerah pipi lebih gelapndaripada warna pipi.

Isnin, 8 Ogos 2011

KAYA @ MISKIN : KITA BERUSAHA DAN TAWAKAL

 

Jika Tuhan betul-betul mentakdirkan kita menjadi miskin sekurang-kurangnya kita telah mendapat pahala berusaha.Yang paling penting, kita telah memenuhi kehendak rasa hati kita.

Sebaliknya alangkah ruginya kalau Tuhan telah menetapkan kita menjadi kaya sedangkan kita tidak berusaha ke arah itu.

Mendaki tangga kejayaan perlukan kesungguhan, kecekalan dan tawakal kepada Allah S.W.T



myMetro | ‘Tiada lagi sentuhan kasih sayang’

GURU dulu tegas dan komited sewaktu menjalankan tugas, namun di sebalik ketegasan itu ada hati yang bersih dan ikhlas mendidik pelajar menjadi anak bangsa berjaya.
Disebabkan sikap bertanggungjawab itu, mereka bukan saja dihormati malah mulia kedudukannya dalam kalangan masyarakat.
   
·        
SALAH SIAPA...jika pelajar jadi begini, siapakah yang harus dipersalahkan.
·        
PENDEKATAN SEBENAR...guru perlu bijak menggunakan pendekatan betul bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar dan cemerlang.

Kini, ketegasan, integriti, profesionalisme, hak bersuara serta taraf guru semakin suram dan merudum di mata masyarakat malah menyedihkan kerana golongan itu mudah diperkotak-katikkan pelajar sendiri.

Ini menjadikan hubungan antara guru-pelajar semakin jauh, dingin dan bergolak. Kesannya, semangat guru kian pudar melaksanakan tanggungjawab lebih dedikasi.
Disebabkan tidak mendapat sokongan selain bebanan tugasan semakin bertambah, motivasi sebahagian guru mulai luntur dan culas melaksanakan tanggungjawab. Mereka tidak lagi memegang falsafah ingin bertanggungjawab memberi pendidikan, tetapi lebih kepada mengajar semata-mata
Mengajar lebih menjurus kepada kaedah 2M iaitu membabitkan proses penyampaian ilmu pengetahuan dari guru kepada pelajar dan lebih menumpukan kepada pembangunan intelektual atau akademik.

Manakala mendidik membentuk sahsiah atau akhlak dan memerlukan tempoh masa panjang untuk membentuk akhlak pelajar yang baik.

Persoalannya apakah beza mendidik dan mengajar?

Pensyarah Kanan Program Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Isya Awang, berkata ada perbezaan antara konsep mendidik dan mengajar dalam ilmu pendidikan.

Beliau berkata, mengajar lebih ketara berbentuk fizikal manakala mendidik sebagai ‘sentuhan’ emosi dan kasih sayang guru kepada pelajar.

“Boleh dikatakan sebahagian guru hari ini hanya menumpukan pada konsep mengajar berbanding mendidik. Mereka datang ke sekolah hanya untuk mengajar, menghabiskan silibus dan menerima gaji hujung bulan.

“Tiada lagi ‘sentuhan’ atau perasaan kasih sayang telus seperti ditunjukkan golongan guru dulu. Guru dan pelajar kurang berinteraksi, sentiasa mencipta konflik.

“Bagaimanapun, menuding jari pada guru semata-mata adalah tidak adil kerana kita terpaksa menerima keadaan itu kerana senario hari ini tidak semuanya memihak kepada mereka,” katanya.

Katanya, kadangkala guru dibebani kerenah pelajar yang pelbagai menyebabkan ada yang sukar menumpukan perhatian. Akibatnya, akan ada pelajar yang terabai terutama mereka yang bermasalah.

“Tambah memburukkan keadaan, ibu bapa pula datang menyerang dan mempersoalkan kredibiliti guru. Apabila semua pihak menghentam, tidak mustahil ada yang mengambil langkah drastik bersikap sambil lewa dan enggan mengambil tahu,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan ibu bapa hanya tahu mengambil pendekatan ‘lepas tangan’ atau bertindak secara melulu tanpa usul periksa. Secara tidak langsung memberi tekanan kepada guru untuk mencorakkan gaya pembelajaran mereka.

“Jalan mudah, mereka hanya mengajar dan tidak mahu mendidik. Ironinya, guru berpendapat, tidak perlu menjalin atau mengambil berat mengenai pelajar kerana ibu bapa sendiri kurang memberi sokongan.

“ Mengapa mesti menanggung beban sedangkan ibu bapa hanya relaks. Ia seperti barah hingga akhirnya menghakis sikap profesionalisme guru yang sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap tugas dan tanggungjawabnya,” katanya.

Ditanya mengapakah guru zaman dulu mempunyai nilai ‘sentuhan’ ajaib hingga menerbitkan hubungan rapat dengan pelajar, beliau berkata tugas guru dulu jarang ‘diganggu’ atau digugat pelbagai tugas sampingan lain.

Menurutnya, guru dulu boleh menumpukan perhatian pada tanggungjawab hakiki kerana semua pihak faham makna pendidikan dan menuntut ilmu.

“Masalahnya hari ini guru atau pihak berkenaan kurang memahami makna itu tapi lebih mementingkan keputusan akademik . Malangnya itu bukan jaminan cemerlang sahsiah diri.

“ Secara tidak langsung, menggambarkan bagaimana proses mendidik gagal dilaksanakan sedangkan untuk berjaya, gabungan keduanya perlu seimbang supaya dapat menampung kekurangan yang ada,” katanya.

Guru pula sebaliknya ada yang tidak mampu mempunyai komitmen tinggi terhadap tugas kerana segelintirnya menjadi guru semata - mata mahu mempunyai gaji dan pendapatan samping yang lebih berbentuk material.

“ Dibandingkan guru dulu, mereka ikhlas dan tidak berkira mengenai bayaran, guru sekarang sebaliknya malah ada yang terus melanjutkan tugas di luar dengan harapan memperoleh pendapatan sampingan, misalnya tuisyen.

“ Itu tidak salah namun sejauh manakah guru mampu membina hubungan baik dan mesra dengan pelajar. Adakah mereka mengambil berat dengan bertanya khabar atau masuk kelas, mengajar, beri kerja rumah kemudian keluar?

“ Suasana seperti ini tidak sihat kerana perhubungan guru - pelajar hanya termaktub dalam kelas semata - mata. Guru tidak mengenali pelajar, begitu sebaliknya, justeru bagaimanakah sentuhan kasih sayang itu boleh menerbitkan hubungan yang erat,” soalnya.

Guru, katanya, perlu berusaha mengembalikan semula martabat sebagai golongan dihormati manakala masyarakat termasuk ibu bapa perlu memberi peluang golongan itu mencorakkan proses pendidikan mengikut acuan tersendiri asalkan tidak menyalahi peraturan.

“ Guru jadilah golongan bertanggungjawab, kembalikan semula maruah yang sudah lama tercalar. Proses melahirkan masyarakat dan bangsa berguna tidak boleh dizahirkan melalui satu mekanisme semata-mata.

“Boleh mengajar tapi tekankan juga kepentingan mendidik. Barulah lengkap pakej untuk melahirkan pelajar cemerlang akademik, budi dan peribadi seperti termaktub dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya.

Tokoh Guru Kedah 2009, Sayed Mahadzir Sayed Omar pula berpendapat teknik mendidik dan mengajar guru berbeza dibandingkan guru zaman dulu.

Menurutnya, guru dulu mengajar berasaskan kasih sayang dan semangat patriotisme juga menerima kepercayaan tinggi daripada ibu bapa yang rela ‘menyerahkan’ anak untuk dididik.

“ Mereka tidak kisah anak ‘dipukul’ kerana tahu itu tanggungjawab guru menjadikan mereka berjaya. Malangnya hari ini tidak boleh kerana banyak akta atau peraturan perlu dipatuhi.

“ Bayangkan, kalau pelajar bermasalah, tapi tangan guru ‘terikat’, apakah boleh pelajar itu diasuh menjadi manusia yang baik? Justeru tidak hairanlah, ramai guru hari ini lebih senang mengajar daripada mendidik kerana tidak mahu masalah berbangkit,” katanya.

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
rencana@hmetro.com.my


myMetro ‘Tiada lagi sentuhan kasih sayang’

Khamis, 4 Ogos 2011

Inspiring Person - A Man Without Arm & Leg

This amazing person, Nick Vujicic membuatkan hati kita sebak dengan segala kekurangnya. Namun, beliau lebih kuat jika hendak dibandingkan dengan kita yang lengkap anggota badan. Kenalilah beliau untuk mendapatkan inpirasi hidup anda.



Life Is Like A Cup of Coffee - Inspirational Video Movie

Video motivasi diri ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada anda semua. Video ini pertama kalinya dipertontonkan kepada saya dan rakan-rakan sewaktu menghadiri kuliah bagi pengajian saya oleh En.Ghazally Spahat, pensyarah Kursus Pengurusan Pembelajaran kami ketika di sem 1. Ada banyak lagi, video yang bergenre kan motivasi yang ditunjukkan, saya berusaha untuk menerbitkannya di blog ini.

Saksikanlah.

Resepi Sedap Untuk Berbuka Puasa.

Masuk aje bulan Ramadhan, antara topik hangat selain fesyen baju raya ialah tentang resepi untuk berbuka puasa. Ini memang menjadi topik hangat di antara guru-guru wanita di sekolah saya terutamanya senior2....maklumlah, masing2 sibuk berkongsi resepi. Bercakap tentang makanan, buat air liur kita meleleh. oklah, mari kita tengok resepi yang sedap untuk berbuka puasa....harap ada antara resepi ini akan menjadi hidangan anda sekeluarga.


RESEPI : Sotong Masak Halia

Bahan-bahan:

500 gram sotong
1 ulas bawang bawang putih – hiris/tumbuk halus
3 ulas bawang merah– hiris/tumbuk halus
1 cm halia – hiris halus
1 cm kunyit hidup – tumbuk halus (boleh juga guna 1 sudu teh serbuk kunyit)
½ sudu teh jintan putih
1 tangkai cili merah - hiris
1 tangkai cili hijau - hiris
1 tangkai daun sup/bawang - hiris kasar
½ cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (jika suka)
Minyak masak untuk menumis


Cara penyediaan:


1. Gaul sotong dengan garam dan kunyit hingga mesra.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan sotong dan biarkan sehingga masak. Gaul sekali sekala.
4. Masukkan air , kacau dan biarkan sehingga mendidih.
5. Tutup api. Masukkan cili merah dan cili hijau. Gaul rata.
6. Masukkan ke dalam pinggan dan tabur daun sup/bawang.


RESEPI : Ketam Tumis Sambal Bertelur

Bahan-bahan.
2 ekor ketam
5 ulas bawang merah(dikisar)
2 ulas bawang putih(dikisar)
1.5 cm halia(dikisar)
1 biji telur
semangkuk kecil lada kering (dikisar)

Cara-cara :
1. Rebus ketam terlebih dahulu.
2.Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga agak pekat, kemudian, masukkan sedikit air rebusan ketam tadi dalam jumlah yang sesuai.
3. Masukkan ketam dalam bahan yang ditumis.
4. Masukkan telur ke dalam masakan tadi dan gaulkannya. Masak sehingga kuahnya menjadi agak pekat.

Rabu, 3 Ogos 2011

“Knp wanita Islam tidak dibenarkan untuk berjabat tangan lelaki?”

Seorang lelaki British dtg kpd seorang Muslim & b'tanya,
“Knp wanita Islam tidak dibenarkan untuk berjabat tangan lelaki?”
Muslim itu bertanya kembali, “Bolehkah kamu b'salam dengan Ratu Elizabeth?” Lelaki itu m'jawab, “Sudah tentu tidak, hanya org t'tentu sahaja dibenarkan utk b'salam dengan Ratu Elizabeth.”Muslim itu tersenyum lalu berkata. “Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak bersalam dengan lelaki asing.

Selasa, 26 Julai 2011

BabyFace Beauty - Jang Nara & Choi Daniel ( K-Drama)

Sipnosis
Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita, Lee So Young lakonan Jang Nara yang terpaksa bergelumang dengan masalah keluarga dan hanya mempunyai kelayakan sekolah tinggi sahaja, namun dia bercita-cita untuk menjadi pereka fesyen. Rupanya yang kelihatan babyface merupakan satu kelebihan buat dirinya di mana disalah anggap sebagai graduan universiti yang berumur 25 tahun untuk diterima bekerja di sebuah syarikat pereka fesyen yang terkenal. Di syarikat itu , dia berjumpa dengan Choi Jin Wook lakonan Choi Daniel, seorang lelaki muda, yang kemudiannya jatuh cinta kepada Lee So Young.

Lee So Young terpaksa berhadapan berbagai dugaan dalam merealisasikan impiannya walaupun terpaksa berhadapan dengan Kang Yoon Seo yang mencemburuinya kerana kekasihnya, Ji Seong Il yang juga CEO syarikat pereka fesyen tersebut mempunyai hati terhadap Lee So Young.


Babyface Beauty Trailer







Pelakon

Jang Nara ( Lee So Young )

Choi Daniel ( Choi Ji Wook )


Ryu Jin ( Ji Seung Il )
Kim Min Seo ( Kang Yoon Seo )


Hetty on NCIS LA



Siapa sebenarnya Hetty dalam drama jenayah bersiri NCIS LA? Entah mengapa saya amat tertarik dengan lakonannya. Wataknya dalam drama popular ini mempunyai karakter yang kuat sekaligus mempengaruhi kehebatan drama ini disamping lakonan beberapa pelakon hebat yang lain. Kenapa wanita ini menjadi pilihan bagi melakonkan watak Hetty dalam NCIS LA?
         Nama sebenar pelakon wanita hebat ini ialah Linda Hunt. Beliau bukan calang-calang pelakon kerana pernag memenangi Academi Award hasil lakonan berkesannya dalam filem The Year of Living Dangerously . Linda dilahirkan di Morristown, New Jersey. Mendapat pendidikan di  Interlochen Arts Academy dan  DePaul University .
        Linda mempunyai ketinggian hanya 4 kaki 9 inci iaitu 1.45m sahaja. Mengikut kata peribahasa, kecil-kecil cili padi.Lakonan pertama Linda Hunt ialah pada tahun 1980..waktu tu saya belum pun dilahirkan :- )  dalam filem muzikal bertajuk 'Popeye' . Linda amat dikenali dalam bidang teater di mana beliau menerima anugerah dalam Obie Awards dan Tony Awards.Jika anda peminat drama Without The Trace, anda tentu mengenali beliau yang memegang watak sebagai Dr.Claire Bryson. 

Ncis LA cast
      
  Dalam drma NCIS LA, watak Hetty amat sesuai dengannya. Beliau begitu menghidupkan drama bersiri tersebut. Memang ada something sweet la tentang pelakon ini. Pelakon-pelakon NCIS LA yang lain ialah Chris O'Donnell, LL Cool J, Daniela Ruah, Peter Cambor dan ramai lagi pelakon hebat.

Isnin, 18 Julai 2011

All About Steven Spielberg

Steven Allan Spielberg


Menceritakan tentang personaliti terkenal dunia perfileman Hollywood, Steven Spielberg. Saya memang kagum dengan hasil kerja beliau memandangkan banyak filemnya tersenarai dalam filem terhebat dunia.

       Dilahirkan pada 18 Disember 1946, Steven Spielberg atau dengan nama sebenarnya Steven Allan Spielberg dilahirkan dengan bakat yang besar dalam bidang kerjayanya sebagai seorang pengarah filem terkenal Hoolywood. Beliau bukan sahaja seorang pengarah filem tetapi turut berperanan sebagai penulis skrip, penerbit filem dan juga eksekutif studio di mana beliau bertindak sebagai salah seorang pengasas Studio Filem Dream Works dan jangan pula anda terkejut apabila saya katakan, Spielberg juga seorang pereka permaianan video.

       Tiga filem terhangat di pasaran arahan Spielberg ialah Jaws (1975), ET Extra -Terratrial (1982) dan Jurassic Park (1993) mencapai taraf box-office.


       Spielberg dilahirkan di Cincinnati, Ohio. Ibunya Leah Adler merupakan pemain piano manakala bapanya, Arnold Spielberg adalah seorang jurutera elektrik yang terlibat dalam pembangunan komputer.

      Pada usia 13 tahun, Speilberg memenangi hadiah bagi sebuah filem 40 minit bergenrekan perang yang berjudul Escape to Nowhere yang dibuatnya berdasarkan pertempuran di Timur Afrika. Spielberg berkelulusan dari California State University, Long Beach setelah gagal dalam permohonannya untuk belajar di Sekolah Filem di University of Southern California.

Terbaru, Steven Spielberg bertindak sebagai penerbit filem Transformer 3 Dark of The Moon.

Ahad, 17 Julai 2011

Semuanya tentang Aaron Aziz

IKLAN


100% ORIGINAL(Rejected Original Perfume)

This perfumes are guaranteed 100% original and genuine .

 

Hari saya rasa cam nak bercerita tentang salah seorang pelakon yang saya sukai memandang sebentar tadi seorang kawan saya berkongsi kiriman di facebook tentang beliau.

Kata kawan saya itu, mimpi aaron aziz.... : )

Saya rasa semua orang di negara Malaysia tercinta ini kenal dengan Aaron Aziz walaupun si mamat handsome ini berasal daripada negara jiran iaitu Singapura. Sejak kebelakangan ini..eh eh nanti dulu...bukan sejak kebelakangan ini tetapi sejak dulu lagi, wajahnya sentiasa menghiasi muka televisyen dalam drama-drama Melayu. Saya rasa wajahnya tidak putus-putus terpapar dalam kotak televisyen. Aaron Aziz bukan sahaja gagah berlakon tetapi beliau juga sering kali terpilih sebagai spokemodel.

            Mari kita sama-sama tinjau tentang profile, kerjaya dan tonton sikit gambar-gambar terbaik Aaron Aziz yang telah saya kumpulkan.
Antara photo yang paling saya suka.



 
Profile 

Nama               :  Aaron Mustapha Aziz
Tarikh Lahir    :  23 Februari 1976
Asal                 :  Singapura
Status              :  Berkahwin
Isteri                :  Diyana
Anak                : Danish, 3, dan Dwi, 1 tahun setengah

Kerjaya         

TV/ Dramas ingapore)
· A War Diary (Supporting) - Dream Forest Productions, Channel 5
· Heartlanders 1 (Lead) - Dream Forest Productions, Channel 5
· Heartlanders 2 (Lead) - Dream Forest Productions, Channel 5
· Heartlanders 3 (Lead) - Dream Forest Productions, Channel 5
· Heartlanders 4 (Lead) - Dream Forest Productions, Channel 5
· Lightyears (Supporting) - Channel 5
· Missing (Lead) - Channel 5
· Phua Chu Kang Sitcom Series (Special Appearance) - Channel 5
· Living With Lydia Sitcom Series (Special Appearance) - Mediacorp Studios, Channel 5
· My Sassy Neighbor Sitcom Series (Special Appearance) - Mediacorp Studios, Channel 5
· Lft Adnan Life Story (Lead) - MediaCorp Studios, Channel 5
· Cinta Q (Lead) – EagleVision, Suria Channel
· Garisan Takdir (Lead) - Imo Productions, Suria Channel
· Jeritan Sepi 1 (Supporting) - Eagle Vision, Suria Channel
· Jeritan Sepi 2 (Supporting) - Eagle Vision, Suria Channel
· Penghujung Rindu (Supporting) - Eagle Vision, Suria Channel
· Cinta Bollywood 1 (Lead) - Vaishnavis International, Suria Channel
· Cinta Bollywood 2 (Lead) - Vaishnavis International, Suria Channel
· Fiesta Komedi 1 (Special Appearance) - Eagle Vision, Suria Channel
· Fiesta Komedi 1 (Lead Supporting) - Eagle Vision, Suria Channel
 
Variety Programmes
· President Star Charity - Glen And Rod Sports Show, Channel 5
· Sweets for my Sweets - Channel 5
· Azam Charity Show - Eagle Vision, Suria Channel
· Singapura Ku - Eagle Vision, Suria Channel
· KPO - Eagle Vision, Suria Channel
· TVism - Eagle Vision, Suria Channel
· Sinaran Syawal - Eagle Vision, Suria Channel
· Sinar Lebaran - Eagle Vision, Suria Channel
· DNA - Aaron Aziz Productions Pte Ltd, Suria Channel
· Dol dan Minah Nak Kahwin - Aaron Aziz Productions Pte Ltd, Suria Channel
 
Hosting
· Klinik Kita 1 - Screen Box Studios, Suria TV12
· Klinik Kita 2 - Screen Box Studios, Suria TV12
· Indonesia Hangat - Prima International, Suria TV12
· Warna Ramadan – EagleVision, Suria TV12
· Sinar Lebaran - Eagle Vision and RTM, Suria TV12
· Bridging Minds - Arts Central
· Deepa Race - Cooking Show, Vasantham Central
· National Day Parade - Tampines Constituency
· Gemilang Aidilfitri - Pioneer CC
 
Commercial Appearances
· F&N Hari Raya TVC - Aaron Aziz Productions Pte Ltd, Suria TV12
· Car City Leasing - Aaron Aziz Productions Pte Ltd, Suria TV12
· U-Home Interior Design - Aaron Aziz Productions Pte Ltd, Suria TV12
· Shakuntala Restaurant - Suria TV12
TV / Films (Malaysia)
Films· KL Drift - Skop Productions
· Dia Datang - Noradz Productions
· Bohsia - Skop Productions
· Pisau Cukur - Redcom Films
· KL Drift 2 - Skop Productions
· Suaka - Filming in April
 
Dramas· Suspek (Lead)
· Janji Diana 1,2,3 and 4 (Lead) - Skop Productions
· Permintaan Aisyah (Lead) - Directed by Fauziah Ahmad Daud
· Haryati II (Supporting Lead) - Directed by Erma Fatimah
· Sumayyah (Supporting) - Directed by Erma Fatimah
· Emil Emilda (Lead) - Radius One
· Bulan Bertemu Matahari (Lead) - Directed by Erma Fatima
· Sadiq & Co (Lead) - RedComm
· Cinta Gila (Lead) - Global
· Rahsia Hati - Suhan Movies
 
Telemovies/Episodic· Gerak Khas (Supporting) - Directed by Yusof Kelana
· Dilemma Wanita (Lead) - Production by Erma Fatimah
· Cahaya Kasih (Lead) - Directed by Rashid Siber
· Malam 7 Likur (Lead) - KL Motion
· Hana Hani Strawberi (Lead)
· Oh Ibu (Lead)
 
Hosting· Pesona Nona Live Show, TV3







Media Press















Drama terbaru lakonan Aaron Aziz : Stanza Cinta
Setiap Ahad, 9.00 malam.