Selasa, 26 Julai 2011

BabyFace Beauty - Jang Nara & Choi Daniel ( K-Drama)

Sipnosis
Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita, Lee So Young lakonan Jang Nara yang terpaksa bergelumang dengan masalah keluarga dan hanya mempunyai kelayakan sekolah tinggi sahaja, namun dia bercita-cita untuk menjadi pereka fesyen. Rupanya yang kelihatan babyface merupakan satu kelebihan buat dirinya di mana disalah anggap sebagai graduan universiti yang berumur 25 tahun untuk diterima bekerja di sebuah syarikat pereka fesyen yang terkenal. Di syarikat itu , dia berjumpa dengan Choi Jin Wook lakonan Choi Daniel, seorang lelaki muda, yang kemudiannya jatuh cinta kepada Lee So Young.

Lee So Young terpaksa berhadapan berbagai dugaan dalam merealisasikan impiannya walaupun terpaksa berhadapan dengan Kang Yoon Seo yang mencemburuinya kerana kekasihnya, Ji Seong Il yang juga CEO syarikat pereka fesyen tersebut mempunyai hati terhadap Lee So Young.


Babyface Beauty Trailer







Pelakon

Jang Nara ( Lee So Young )

Choi Daniel ( Choi Ji Wook )


Ryu Jin ( Ji Seung Il )
Kim Min Seo ( Kang Yoon Seo )


Hetty on NCIS LA



Siapa sebenarnya Hetty dalam drama jenayah bersiri NCIS LA? Entah mengapa saya amat tertarik dengan lakonannya. Wataknya dalam drama popular ini mempunyai karakter yang kuat sekaligus mempengaruhi kehebatan drama ini disamping lakonan beberapa pelakon hebat yang lain. Kenapa wanita ini menjadi pilihan bagi melakonkan watak Hetty dalam NCIS LA?
         Nama sebenar pelakon wanita hebat ini ialah Linda Hunt. Beliau bukan calang-calang pelakon kerana pernag memenangi Academi Award hasil lakonan berkesannya dalam filem The Year of Living Dangerously . Linda dilahirkan di Morristown, New Jersey. Mendapat pendidikan di  Interlochen Arts Academy dan  DePaul University .
        Linda mempunyai ketinggian hanya 4 kaki 9 inci iaitu 1.45m sahaja. Mengikut kata peribahasa, kecil-kecil cili padi.Lakonan pertama Linda Hunt ialah pada tahun 1980..waktu tu saya belum pun dilahirkan :- )  dalam filem muzikal bertajuk 'Popeye' . Linda amat dikenali dalam bidang teater di mana beliau menerima anugerah dalam Obie Awards dan Tony Awards.Jika anda peminat drama Without The Trace, anda tentu mengenali beliau yang memegang watak sebagai Dr.Claire Bryson. 

Ncis LA cast
      
  Dalam drma NCIS LA, watak Hetty amat sesuai dengannya. Beliau begitu menghidupkan drama bersiri tersebut. Memang ada something sweet la tentang pelakon ini. Pelakon-pelakon NCIS LA yang lain ialah Chris O'Donnell, LL Cool J, Daniela Ruah, Peter Cambor dan ramai lagi pelakon hebat.

Isnin, 18 Julai 2011

All About Steven Spielberg

Steven Allan Spielberg


Menceritakan tentang personaliti terkenal dunia perfileman Hollywood, Steven Spielberg. Saya memang kagum dengan hasil kerja beliau memandangkan banyak filemnya tersenarai dalam filem terhebat dunia.

       Dilahirkan pada 18 Disember 1946, Steven Spielberg atau dengan nama sebenarnya Steven Allan Spielberg dilahirkan dengan bakat yang besar dalam bidang kerjayanya sebagai seorang pengarah filem terkenal Hoolywood. Beliau bukan sahaja seorang pengarah filem tetapi turut berperanan sebagai penulis skrip, penerbit filem dan juga eksekutif studio di mana beliau bertindak sebagai salah seorang pengasas Studio Filem Dream Works dan jangan pula anda terkejut apabila saya katakan, Spielberg juga seorang pereka permaianan video.

       Tiga filem terhangat di pasaran arahan Spielberg ialah Jaws (1975), ET Extra -Terratrial (1982) dan Jurassic Park (1993) mencapai taraf box-office.


       Spielberg dilahirkan di Cincinnati, Ohio. Ibunya Leah Adler merupakan pemain piano manakala bapanya, Arnold Spielberg adalah seorang jurutera elektrik yang terlibat dalam pembangunan komputer.

      Pada usia 13 tahun, Speilberg memenangi hadiah bagi sebuah filem 40 minit bergenrekan perang yang berjudul Escape to Nowhere yang dibuatnya berdasarkan pertempuran di Timur Afrika. Spielberg berkelulusan dari California State University, Long Beach setelah gagal dalam permohonannya untuk belajar di Sekolah Filem di University of Southern California.

Terbaru, Steven Spielberg bertindak sebagai penerbit filem Transformer 3 Dark of The Moon.

Ahad, 17 Julai 2011

Semuanya tentang Aaron Aziz

IKLAN


100% ORIGINAL(Rejected Original Perfume)

This perfumes are guaranteed 100% original and genuine .

 

Hari saya rasa cam nak bercerita tentang salah seorang pelakon yang saya sukai memandang sebentar tadi seorang kawan saya berkongsi kiriman di facebook tentang beliau.

Kata kawan saya itu, mimpi aaron aziz.... : )

Saya rasa semua orang di negara Malaysia tercinta ini kenal dengan Aaron Aziz walaupun si mamat handsome ini berasal daripada negara jiran iaitu Singapura. Sejak kebelakangan ini..eh eh nanti dulu...bukan sejak kebelakangan ini tetapi sejak dulu lagi, wajahnya sentiasa menghiasi muka televisyen dalam drama-drama Melayu. Saya rasa wajahnya tidak putus-putus terpapar dalam kotak televisyen. Aaron Aziz bukan sahaja gagah berlakon tetapi beliau juga sering kali terpilih sebagai spokemodel.

            Mari kita sama-sama tinjau tentang profile, kerjaya dan tonton sikit gambar-gambar terbaik Aaron Aziz yang telah saya kumpulkan.
Antara photo yang paling saya suka.



 
Profile 

Nama               :  Aaron Mustapha Aziz
Tarikh Lahir    :  23 Februari 1976
Asal                 :  Singapura
Status              :  Berkahwin
Isteri                :  Diyana
Anak                : Danish, 3, dan Dwi, 1 tahun setengah

Kerjaya         

TV/ Dramas ingapore)
· A War Diary (Supporting) - Dream Forest Productions, Channel 5
· Heartlanders 1 (Lead) - Dream Forest Productions, Channel 5
· Heartlanders 2 (Lead) - Dream Forest Productions, Channel 5
· Heartlanders 3 (Lead) - Dream Forest Productions, Channel 5
· Heartlanders 4 (Lead) - Dream Forest Productions, Channel 5
· Lightyears (Supporting) - Channel 5
· Missing (Lead) - Channel 5
· Phua Chu Kang Sitcom Series (Special Appearance) - Channel 5
· Living With Lydia Sitcom Series (Special Appearance) - Mediacorp Studios, Channel 5
· My Sassy Neighbor Sitcom Series (Special Appearance) - Mediacorp Studios, Channel 5
· Lft Adnan Life Story (Lead) - MediaCorp Studios, Channel 5
· Cinta Q (Lead) – EagleVision, Suria Channel
· Garisan Takdir (Lead) - Imo Productions, Suria Channel
· Jeritan Sepi 1 (Supporting) - Eagle Vision, Suria Channel
· Jeritan Sepi 2 (Supporting) - Eagle Vision, Suria Channel
· Penghujung Rindu (Supporting) - Eagle Vision, Suria Channel
· Cinta Bollywood 1 (Lead) - Vaishnavis International, Suria Channel
· Cinta Bollywood 2 (Lead) - Vaishnavis International, Suria Channel
· Fiesta Komedi 1 (Special Appearance) - Eagle Vision, Suria Channel
· Fiesta Komedi 1 (Lead Supporting) - Eagle Vision, Suria Channel
 
Variety Programmes
· President Star Charity - Glen And Rod Sports Show, Channel 5
· Sweets for my Sweets - Channel 5
· Azam Charity Show - Eagle Vision, Suria Channel
· Singapura Ku - Eagle Vision, Suria Channel
· KPO - Eagle Vision, Suria Channel
· TVism - Eagle Vision, Suria Channel
· Sinaran Syawal - Eagle Vision, Suria Channel
· Sinar Lebaran - Eagle Vision, Suria Channel
· DNA - Aaron Aziz Productions Pte Ltd, Suria Channel
· Dol dan Minah Nak Kahwin - Aaron Aziz Productions Pte Ltd, Suria Channel
 
Hosting
· Klinik Kita 1 - Screen Box Studios, Suria TV12
· Klinik Kita 2 - Screen Box Studios, Suria TV12
· Indonesia Hangat - Prima International, Suria TV12
· Warna Ramadan – EagleVision, Suria TV12
· Sinar Lebaran - Eagle Vision and RTM, Suria TV12
· Bridging Minds - Arts Central
· Deepa Race - Cooking Show, Vasantham Central
· National Day Parade - Tampines Constituency
· Gemilang Aidilfitri - Pioneer CC
 
Commercial Appearances
· F&N Hari Raya TVC - Aaron Aziz Productions Pte Ltd, Suria TV12
· Car City Leasing - Aaron Aziz Productions Pte Ltd, Suria TV12
· U-Home Interior Design - Aaron Aziz Productions Pte Ltd, Suria TV12
· Shakuntala Restaurant - Suria TV12
TV / Films (Malaysia)
Films· KL Drift - Skop Productions
· Dia Datang - Noradz Productions
· Bohsia - Skop Productions
· Pisau Cukur - Redcom Films
· KL Drift 2 - Skop Productions
· Suaka - Filming in April
 
Dramas· Suspek (Lead)
· Janji Diana 1,2,3 and 4 (Lead) - Skop Productions
· Permintaan Aisyah (Lead) - Directed by Fauziah Ahmad Daud
· Haryati II (Supporting Lead) - Directed by Erma Fatimah
· Sumayyah (Supporting) - Directed by Erma Fatimah
· Emil Emilda (Lead) - Radius One
· Bulan Bertemu Matahari (Lead) - Directed by Erma Fatima
· Sadiq & Co (Lead) - RedComm
· Cinta Gila (Lead) - Global
· Rahsia Hati - Suhan Movies
 
Telemovies/Episodic· Gerak Khas (Supporting) - Directed by Yusof Kelana
· Dilemma Wanita (Lead) - Production by Erma Fatimah
· Cahaya Kasih (Lead) - Directed by Rashid Siber
· Malam 7 Likur (Lead) - KL Motion
· Hana Hani Strawberi (Lead)
· Oh Ibu (Lead)
 
Hosting· Pesona Nona Live Show, TV3







Media Press















Drama terbaru lakonan Aaron Aziz : Stanza Cinta
Setiap Ahad, 9.00 malam.

Khamis, 14 Julai 2011

Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2

Bab terakhir bermula sebagai Harry, Ron, dan Hermione meneruskan usaha mereka untuk mencari dan memusnahkan tiga Horcruxnya baki Tuhan Jahat, perkara-perkara ajaib yang bertanggungjawab untuk keabadian. Tetapi sebagai Hallows mayat mistik dibongkar, dan Voldemort mendapati tahu tentang misi mereka, peperangan terbesar bermula dan kehidupan kerana mereka tahu ia tidak akan sama sekali lagi

Ditulis oleh Jordan
Internet Movie Data Base




Harry Potter and Sorcerer Stone.

Sebenarnya saya ni memang peminat siri filem Harry Potter walaupun bukan bertindak sebagai 'huge fan' tetapi saya masih mengikuti perkembangan terkini filemnya dan saya berasa agak sedih kerana dikhabarkan bahawa filem Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2 ini merupakan filem terakhirnya. Terlalu sayang untuk saya melepaskannya.... Saya masih ingat lagi betapa saya begitu excited untuk menonton filem pertama Harry Potter. Di antara filem-filemnya, saya tetap memilih Harry Potter And Sorcerer Stone yang terbaik. Mungkin itu pertama kalinya saya melihat set penggambaran yang hebat, di luar jangkauan imaginasi kita. Full kredit harus diberikan kepada penulis JKRowling dan juga pereka set penggambaran. Saya juga harus memberi pujian kepada JKRowling kerana telah mencipta sesuatu yang saya anggap sebagai amat 'brilliant' (tidak terucap dalam Bahasa Melayu kerana terlalu mengkagumi)




Harry Potter Years 1 - 5 Priview


Saya tidak sabar, almost dying xD......untuk menonton aksi dalam Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2.

Tugasan Photo Talk Dapat Pujian

Ini adalah tugasan pensyarah saya , En.Ghazally bin Spahat (UTHM) di bawah tajuk Photo Talk. Tugasan ini mendapat pujian beliau walaupun hasil penulisan saya ini tidak mencapai standard terbaik saya. Sebenarnya malu juga untuk saya kongsikan tugasan saya ini kerana saya tahu ianya tidak sebaik mana. Pensyarah saya itu memuji tugasan ini dengan menyatakan bahawa penulisan saya mempunyai bahasa yang kuat. Berbunga-bungalah kot, so sekarang anda pula yang perlu mengadili tugasan saya ini, boleh kan?
Dari kiri : Azrul, Umar(belakang), Amirul, Zakir, Aisyah, Fatin, Haliza


Apa yang memotivasikan seorang guru apabila menjejakkan kaki ke sekolah seawal pagi tatkala burung mula berterbangan sambil mendendangkan siulan? Jika soalan itu yang ditanyakan kepada saya, maka jawapan yang saya akan berikan tentulah terletak pada wajah mulus anak-anak murid di bilik darjah yang nyata menyinarkan cahaya pengharapan untuk mendapatkan sebanyak mana ilmu pengetahuan daripada seorang insan yang mungkin bergelar cikgu, teacher, ustaz mahu pun ustazah.

Setiap kali memandang wajah mulus mereka yang tekun menyiapkan kerja sekolah, hati jadi riang mekar berbunga. Ini kerana bukan sahaja bangga diri dapat menyampaikan cahaya ilmu, malah sedikit sebanyak apa yang disampaikan atau yang diajar dapat membentuk keperibadian murid-murid tersebut. Namun apabila memikirkan seorang guru juga dapat menyumbangkan kepada pembentukan keperibadian yang negatif, hati menjadi gusar.Semoga saya bukan dikalangan golongan guru yang sebegitu walaupun tahu diri bukanlah sesabar mana dalam melayan karenah murid yang berbagai. Hakikatnya saya bangga dan berbesar hati dapat berbakti kepada Negara, bangsa dan agama sebagai seorang pendidik.
Bercakap tentang murid, kita tidak dapat lari dari kenyataan di mana setiap murid adalah berbeza. Walaupun mereka di peringkat umur yang sama, namun mereka adalah individu-individu yang punya ketidaksamaan dalam aspek perkembangan sama ada secara fizikal, mental, emosi mahupun sosial.
“Variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkahlaku, social, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan”
                                                             Dictionary of Psychology (1973)

Murid-murid ini hanya kerana mereka mempunyai umur yang sama, ini tidak bermakna mereka adalah sama dalam aspek afektif. Sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat mereka adalah amat berbeza antara satu sama lain dan mungkin juga jika berada dalam keadaan situasi yang sama.
 Murid saya, Nurul Aqilah dan sepupunya, murid Tahun 3 Aman, mempunyai sikap positif, aktif, dan agresif nyata cemerlang dalam pelajaran. Begitu juga dengan Umar yang sentiasa bermotivasi tinggi, punya ketekunan dan memiliki kerajinan. Azrul yang kecil dan comel juga seorang yang tekun dalam mengusahakan setiap kerjanya amat berpotensi untuk bersaing dengan Umar bagi merebut tempat pertama dalam peperiksaan.
Ada juga di antara mereka yang bersikap negatif seperti tidak mempunyai minat belajar serta perasaan rendah diri menghalang mereka untuk  melangkah lebih cemerlang. Al Jabir secara contohnya. Prestasinya semakin menurun semenjak bapanya meninggal dunia pada tahun lepas dan terpaksa pula berjauhan dengan ibunya yang terpaksa pulang ke Sabah untuk menguruskan pengebumian ayahnya. Ibunya masih berada di sana sehinggalah ke hari ini. Al Jabir kini dijaga oleh kakaknya sementara menunggu ibunya kembali ke sini. Sepanjang persekolahan pada tahun ini Al Jabir banyak hari tidak menghadirkan diri. Saya telah cuba menarik perhatiannya dengan banyak melibatkan dia dalam sesi pengajaran dan menjadi ketua dalam apa jua aktiviti agar Al Jabir tidak merasa dirinya tersisih. Zuhayra seorang yang mulut murai walaupun mempunyai tubuh kecil molek. Sering bercakap dengan rakan yang lain semasa menulis latihan menyebabkan selalu sahaja tidak dapat menyiapkan kerja mengikut masa yang diperuntukkan. Ketika guru memberikan penerangan, si kecil ini juga acap kali mencelah membuatkan hati kadang-kala naik marah. Tabiatnya bagai sudah tidak dapat diubah walaupun sering ditegur malah telah diberikan amaran. Ramai guru yang mengajar kelasnya merungut tantang perangainya itu.
Dalam pengajaran saya, saya banyak menggunakan strategi berpusatkan murid di mana saya kerap melibatkan murid.Contohnya mengadakan kuiz pada setiap minggu secara berkumpulan. Dengan cara ini saya dapat melihat cara mereka berkomunikasi sesama mereka. Saya gembira apabila mereka begitu teruja untuk membantu kumpulan masing-masing dalam mendapatkan markah kemenangan. 38 daripada 38 murid 3 Aman itu akan bergerak menyokong rakan masing-masing. Terbayang kegembiraan dan sahutan kemenangan bagi kumpulan yang Berjaya dan terlihat kekecewaan kepada mereka yang kalah seterusnya akan menyalahkan rakan mereka yang telah membuat silap. Pada saya itu semua rencah dalam setiap kuiz yang saya laksanakan. Namun pada akhir pengajaran, murid-murid kembali berhubung baik serta bergaul mesra dengan rakan mereka. Di sini saya dapat belajar untuk memaafkan seseorang dan melupakan kesalahan orang lain dengan mudah. Sememangnya terlalu mudah hidup sebagai seorang kanak-kanak.
Murid sebagai seorang kanak-kanak suka melihat, suka bergerak dan suka bertanya terhadap sebarang  perkara yang mereka dampingi. Semasa guru bercakap memberikan penerangan, ada antara mereka akan sibuk bertanya malah ada yang juga sibuk ingin berceritakan tentang pengalaman mereka yang berkaitan dengan apa yang diterangkan oleh guru. Walaupun reaksi spontan mereka itu menganggu penyampaian guru, seorang guru yang baik akan memberikan respon apa yang ingin disampaikan oleh murid tersebut sebelum menyambung semula penerangannya. Dalam menarik minat murid untuk belajar, guru perlu mengadakan set induksi yang berupakan satu kelainan bagi menyediakan mereka untuk menerima isi pembelajaran selanjutnya.
Ketika kelas Pendidikan Jasmani, saya seronok untuk membawa murid-murid bersukan. Ketika di luar kelas, saya dapat menjalin hubungan yang nyata lebih sihat dan santai  bersama-sama dengan mereka. Ketika inilah saya dapat memerhati kebolehan individu-individu yang berlainan jantina, rupa dan saiz badan serta kemahiran jasmaninya. Murid yang mempunyai saiz yang agak besar dan ‘montel’ didapati mempunyai daya kekuatan otot yang kuat, maka tidak hairanlah jika mereka biasanya terpilih sebagai atlet lontar peluru ataupun atlet merejam lembing. Bagi mereka yang bertubuh sedikit kecil berbanding kawan-kawan seusia, mereka kelihatan lebih pantas dan lincah dalam melakukan aktiviti. Apabila mereka semua bermain bersama, mereka terdorong untuk menguasai kecekapan diri dengan menggerakkan usaha mereka untuk mencuba secara rela.
Apa jua perbezaan murid-murid ini, cubalah untuk memberikan motivasi secara ekstrinsik dengan tujuan menggerakkan murid untuk melakukan sesuatu yang akan membawa kebaikan dalam diri mereka. Mereka perlu dirangsang dalam bentuk memberikan pujian, insentif, hadiah serta gred/markah mengikut kesesuaian aktiviti dan situasi. Jangan pula lupa untuk memberikan denda atau hukuman bagi mereka yang gagal agar mereka dapat mengingati kesalahan dan kesilapan yang telah dibuat seterusnya akan mengelakkan mereka daripada melakukan kesilapan itu semula.

Dalam merancang strategi pengajaran, seorang guru perlulah  memahami segala aspek perbezaan setiap daripada muridnya bagi mengatasi masalah pembelajaran. Namun adalah amat sukar untuk guru merancang satu pembelajaran yang begitu sesuai mengikut perbezaan murid-muridnya apatah lagi jika satu kelas mempunyai 40 atau lebih murid. Malah dengan sistem pendidikan sekarang yang agak kelam-kabut(mengikut pemerhatian saya)yang baru sahaja melaksanakan KSSR/KSSM dan juga PBS dan memansuhkan PPSMI (pembelajaran Sains dan Matematik dalam English). Mungkin juga kerana sistem ini masih dalam proses pembaikan. Guru-guru di sekolah begitu sibuk dengan menyiapkan fail-fail yang berkenaan sehinggakan terpaksa mengabaikan sesi pengajaran dan pembelajaran. Mungkin dengan sedikit pergorbanan guru, maka dapat memberikan yang terbaik kepada mereka.
Guru dan murid berkait rapat . Bahkan guru diibaratkan sebagai ibu bapa kedua bagi kanak-kanak di bangku persekolahan kerana banyak masa dihabiskan di sekolah. Malah mereka lebih mendengar serta dapat menerima setiap patah perkataan yang terkeluar daripada seorang guru berbanding dengan ibu bapa masing-masing. Jika anda seorang guru, jadilah guru yang memberikan inspirasi kepada muridnya. Bahkan juga sebagai idol dalam hidup kanak-kanak ini dan akhirnya anda akan merasa puas dengan setiap kejayaan yang dicipta oleh anak-anak ini.

Selasa, 12 Julai 2011

Google Adsense Sebagai Income Tambahan Anda.

         



Ramai yang masih belum tahu dengan hanya menulis blog, anda dapat menjana pendapatan. Google Adsense adalah agensi pengiklanan popular yang dapat menjana sumber perdapatan hanya menerusi blog.

       Google Adsense adalah program perkongsian pendapatan daripada pengiklan yang disediakan oleh Google. Caj yang dikenakan oleh Google kepada pengiklan akan dikongsi bersama di antara pemilik laman web atau blog. .Apabila pelawat blog anda mengklik pada iklan Google yang diletakkan pada blog anda, anda akan mendapat duit. Lebih banyak klik yang dilakukan  pada iklan anda, maka lebih banyak duit yang anda perolehi menerusi Google Adsense ini.

        Kebiasaanya, Google akan membayar antara USD 0.001 sehingga USD 50.00 bagi setiap klik yang terhasil. Nilai ini bergantung kepada kata yang ada pada blog anda dan nilai yang dibida pengiklan. Lebih tinggi nilai bidaan kata kunci itu, lebih tinggi kemungkinan yang anda peroleh menerusi setiap klik. Para pengiat Google Adsense memanggil kata kunci ini sebagai high paying keyword (kata kunci bernilai tinggi). Pendaftaran untuk menyertai program ini adalah percuma.

Apakah bahasa yang digunakan?

Anda perlu menggunakan bahasa Inggeris dalam penulisan blog anda kerana pada masa ini Bahasa Melayu belum diterima dalam program Google Adsense. Anda boleh menggunakan ayat-ayat Bahasa Inggeriss yang mudah dalam penulisan blog anda. Anda boleh merujuk kepada berita online dari dalam mahupun luar negara bagi tujuan mencari idea penulisan.Anda dinasihatkan agar tidak memohon menyertai Google Adsense dengan blog dalam Bahasa Melayu kerana kakitangan Google tidak memahami Bahasa Melayu. Mungkin suatu hari nanti, Program Google Adsense akan dibuka sepenuhnya kepada blog Bahasa Melayu.

Bagaimana Google membayar anda?

Kebiasaanya, pembayaran akan dilakukan antara 23 hingga 25 haribulan pada setiap bulan, namun begitu bayaran akan dibuat jika akaun anda dapat mencapai jumlah pendapatan sekurang-kurangnya USD 100.00. Sekiranya akaun anda belum mencapai jumlah itu, baki akan dibawa ke hadapan.
     
       Terdapat dua kaedah pembayaran yang ditawarkan.
  • Cek
          Kebiasaannya cek yang dihantar akan sampai ke alamat anda dalam masa dua minggu di Malaysia.
          Kemudian, anda boleh memasukkan cek itu di mana-mana bank perdaganagan di Malaysia seperti
          Maybank, CIMB, RHB, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Public Bank dan sebagainya.
  • Western Union
          Apabila anda memilih Western Union, anda
          hanya memerlukan satu hari bagi menuntut
         wang anda kepada wang tunai. Jadi anda 
         dapat menerima pendapatan anda dengan
          lebih cepat. Dengan Western Union, anda
          boleh menuntut wang anda di CIMB, RHB,
          Agro Bank, Pos Malaysia atau di mana -
          mana  bank yang mempunyai logo Wester
          Union di premis mereka. Bagi mendapatkan
          maklumat lanjut mengenai Western Union, anda
          boleh layari  http://www.westernunion.com/



Rujukan : Blog + Google Adsense = Duit
Mohd Shamsuriyadi(2011)

Isnin, 11 Julai 2011

PERNIAGAAN INTERNET - 7 Prinsip yang perlu kita miliki.

Irfan Khairi...siapa di sini yang berani untuk menafikan bahawan insan istimewa ini genius dalam perniagaan berasaskan internet.Penglibatannya dalam perniagaan internet nyata tepat pada masa. Beliau turut banyak berkongsi ilmu tentang dunia perniagaan internet.

Beliau telah menerangkan kepada kita 7 prinsip utama yang perlu kita ada sekiranya hendak berjaya dalam perniagaan…terutama sekali perniagaan internet.


Oklah, di bawah artikel yang di tulis oleh Saudara Irfan Khairi

Salam sejahtera dan salam tahun baru 2011. Semoga tahun 2011 ini memberikan satu harapan dan nilai yang lebih sempurna khususnya dalam kehidupan dan perniagaan.

Bercakap mengenai perniagaan, ramai usahawan yang terkandas ditengah jalan. Namun ramai juga yang usahawan yang Berjaya dalam perniagaan masing-masing. Sempena dengan tahun baru 2011 ini saya ingin berkongsikan sedikit tips yang diperolehi daripada pembacaan saya yang lepas mengenai KEJAYAAN dalam PERNIAGAAN yang sempat saya senaraikan.

Untuk berjaya dalam perniagaan, ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan. Paling utama, usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan tertentu mengenai perniagaan yang diusahakan serta kemahiran dalam aspek pengurusan. Pada masa yang sama, usahawan bukan sahaja perlu melakukan perkara tertentu untuk berjaya, tetapi juga perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara tertentu bagi mengurangkan risiko kegagalan.

Antara punca kegagalan UTAMA dalam perniagaan adalah konsep yang salah. Kebanyakan usahawan terlalu memandang mengenai apa yang dilakukan oleh orang lain dan cuba menjadi seperti mereka dengan mengikuti langkah mereka. Ada orang bermula dengan susah, ada yang bermula senang, ada orang bermula dengan kosong. Untuk menceburi bidang keusahawanan adalah penting membuat persediaan dan mengetahui mengenai tindakan yang perlu dielakkan dalam perniagaan supaya dapat membantu mengurangkan risiko kegagalan kepada usahawan.

PERTAMA:usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA,
 usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan/perniagaan internet menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep ‘entiti berasingan’ antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

KETIGA
 ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalamn perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan ‘barakah’ dalam urusan perniagaan kita.

KEEMPAT,
usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, “Rome was not built in a day”.

 KELIMA
pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.

KEENAM
jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan/perniagaan internet, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

KETUJUH
terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.

End of Article.

OK bagaimana? So apa yg perlu dilakukan sekarang ialah tindakan.
Semoga berjaya dalam perniagaan internet anda.

Jadi kepada sesiapa yang ingin berjaya dalam perniagaan internet hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip yang disenaraikan oleh saudara Irfan Khairi.

Mulakan Perniagaan Internet Dalam Masa 12 Hari - Irfan Khairi

Saya sekadar ingin berkongsi pengetahuan Jutawan Internet pertama Malaysia dengan anda pada artikel kali ini sebagai panduan kepada anda yang ingin memulakan perniagaan internet.

"MULAKAN PERNIAGAAN INTERNET DALAM MASA 12 HARI" - IRFAN KHAIRI

"Sedikit peringatan untuk kita sebagai usahawan  dan bakal usahawan- iaitu mengenai nilai dan etika yang perlu ada pada seorang usahawan. Baru-baru ini saya terbaca dalam artikel yang menyentuh mengenai kepentingan nilai dan etika dalam perniagaan."

"Nilai dilihat sebagai kepercayaan yang mendorong Usahawan untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat."

"Manakala  Etika pula adalah tanggungjawab dan akibat tingkahlaku usahawan terhadap masyarakat. Seseorang Usahawan berkewajipan memahami tanggungjwab terhadap peranan dan perilaku sebagai usahawan."

"Sebagai seorang usahawan, nilai-nilai asas perlu ada pada diri individu. Antara nilai-nilai yang tergolong dalam kelompok ini ialah amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih, sederhana dan tekun."

"Secara spesifik, bagaimana usahawan perlu mempunyai nilai dan etika dalam perniagaan? Sebagai usahawan kita boleh mengamalkan nilai dan etika seperti di bawah;"
  1. Berazam meninggikan mutu perniagaan
  2. Berniaga dengan penuh tanggungjawab
  3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
  4. Berniaga dengan penuh muhibbah dan kemesraan
  5. Berniaga ke arah memajukan diri dan masyarakat
  6. Bekerjasama dalam meningkatkan jaringan perniagaan
  7. Berpegang teguh kepada ajaran dan amalan agama
"Jadi anda bagaimana? Tahun 2011 nanti marilah kita sama-sama berazam untuk meningkatkan lagi nilai dan etika sebagai usahawan yang terbaik."
Irfan Khairi
Damansara, KL

Langkah-langkah memulakan perniagaan Internet- daripada memilih produk terbaik, hinggalah promosikan perniagaan anda di Internet. Saya namakan siri ini "Mulakan perniagaan Internet dalam masa 12 hari"
HARI 1: Nak Jual Apa? - Jual Produk di Internet!Oleh Irfan KhairiSeringkali ramai yang tertanya-tanya apa yang peru dijual di Internet. Langkah pertama dalam memulakan perniagaan Internet adalah, mempunyai sesuatu untuk dijual.

Berbagai-bagai produk boleh kita jual di Internet seperti kasut, baju, tudung, buku, kuih muih, ukiran al Quran, produk kesihatan, produk kecantikan, perfum dan macam-macam lagi- senarainya tiada had!

Satu cara yang baik untuk mengetahui produk apa yang kita harus jual adalah, fikirkan apa yang kita suka lakukan? Apakah minat kita? Produk apa yang kita sering menarik perhatian kita?

Sekiranya kita minat membaca, maka, mungkin buku merupakan produk terbaik untuk kita jual di Internet. Sekiranya suka membaca buku kewangan, apa kata jual buku-buku kewangan di Internet. Menjual sesuatu yang kita minat seperti buku pada permulaannya boleh menjana pendapatan sambilan. Dengan lebih pengalaman, tidak mustahil ia boleh menjanakan pendapatan sepenuh masa.

Sekiranya kita minat fesyen, pastinya produk fesyen boleh dijadikan produk untuk kita niagakan. Mungkin kita meminati fesyen muslimah. Maka, kita boleh menjual produk-produk yang berkaitan dengan fesyen muslimah. Produk fesyen mengikut trend sering menjadi permintaan yang tinggi di Internet.

Sekiranya kita pandai membuat kuih, tak salah meniagakan kuih-kuih kita melalui Internet. Kuih tradisional, cupcakes atau muffin sudah mula dijual di Internet oleh ramai surirumah yang inginkan pendapatan sampingan dari rumah!

Selalu fikirkan apa yang kita minat. Tanya pada diri sendiri apa yang kita suka lakukan, dan cari perniagaan yang berkisar tentang minat tersebut. Dengan banyak bertanya pada diri sendiri, maka banyak jawapan yang kita akan dapat dan jawapan-jawapan tersebut adalah idea sedia ada mendapatkan produk untuk di jual di Internet.

Ianya amat penting untuk kita lakukan apa yang kita minat dan suka, oleh kerana perniagaan yang kita jalankan juga perlu menjadi perniagaan yang kita minat dan suka usahakan! Ambil pen dan kertas, dan senaraikan 10 produk yang menarik minat anda dan boleh anda niagakan di Internet. Lakukan aktiviti ini sekarang untuk menjana idea.

Di Internet, bukan sahaja kita boleh niagakan produk seperti contoh-contoh di atas, tetapi juga boleh niagakan perkhidmatan sepertimana saya akan terangkan dalam email saya esok! Nantikannya...
 
Tip Revolusi:
Mempunyai idea produk untuk di jual di Internet sahaja tidak mencukupi. Pastikan produk yang anda ingin niagakan mempunyai permintaan sedia ada di Internet- ini akan memastikan perniagaan Internet anda berjaya.
Di Revolusi perniagaan Internet, anda akan didedahkan beberapa cara bagaimana hendak memastikan produk yang anda ingin niagakan di Internet mempunyai permintaan yang tinggi! Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat tahu trend produk masa kini-dan masa-masa akan datang yang mempunyai permintaan yang hebat di Internet.
Pastikan anda sering berada langkah dihadapan pesaing-pesaing anda dengan maklumat ini!


HARI 2: Nak Jual Apa? - Jalankan perkhidmatan di Internet!Oleh Irfan Khairi

Perniagaan Internet pertama saya adalah menjual perkhidmatan di Internet. Kira-kira 11 tahun lalu, saya menjual perkhidmatan reka cipta di Internet. Latar belakang pendidikan saya adalah bidang rekacipta (grafik), oleh itu, kebolehan saya merekacipta grafik menjadi perniagaan Internet saya yang pertama. Pada ketika itu, saya merekacipta logo dan kad bisnes untuk pelanggan serata dunia.

Sekiranya anda mempunyai kebolehan, skil atau kekuatan dalam sesuatu bidang perkhidmatan, ianya boleh dijadikan perniagaan di Internet. Perkhidmatan lain termasuk, konsultan, ejen hartanah, ejen MLM, penasihat, motivator, pengalih bahasa, pereka grafik, pereka laman web, menjahit, make-up artist dan sebagainya...

Sekiranya anda seorang ejen insurans, mungkin sehari anda boleh berjumpa dengan 2-3 orang prospek. Tetapi, dengan membawa perniagaan anda ke Internet, bukan sekadar 2-3 prospek sehari, malah 200-300 atau lebih prospek sehari juga anda boleh dapat. Dengan menggunakan strategi perniagaan Internet yang betul, seorang ejen insurans dapat menggandakan prospek dan juga pelanggan.

Sekiranya hobi anda adalah menjahit, anda juga boleh menerima tempahan menjahit melalui online. Sama seperti contoh diatas, ramai telah menggunakan Internet untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan- sehingga tidak cukup tangan! Perkhidmatan menjahit juga boleh diniagakan di Internet.

Sekiranya anda bagus berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia atau sebagai tambahan boleh berbahasa lain, pada bila-bila masa sahaja anda boleh mulakan perniagaan mengalih bahasa di Internet. Dengan sedikit kreativiti, sememangnya peluang perniagaan di Internet adalah amat luas dan tidak terhad kepada menjual produk sahaja, tetapi juga menjual perkhidmatan melalui kebolehan yang kita ada.

Lihat pada kebolehan dan kekuatan diri anda sendiri. Apakah kepakaran kita yang boleh dijadikan perkhidmatan untuk diniagakan di Internet. Adakalanya anda dapati ianya sukar melihat kebolehan dan kekuatan diri. Sekiranya ini berlaku, fikirkan apakah yang sering ditanya oleh kenalan anda atau keluarga anda pada anda? Mereka sering bertanyakan anda mengenai bidang apa? Pastinya bidang yang sering kenalan dan keluarga tanya pada anda merupakan kebolehan dan kepakaran anda tersendiri. Bolehkah anda niagakannya di Internet?

Ambil pen dan kertas, dan senaraikan 5 perkhidmatan yang anda rasakan anda boleh niagakan di Internet. Lakukan aktiviti ini sekarang untuk menjana idea.

Semalam, saya telah kongsikan tentang produk. Hari ini pula tentang perkhidmatan yang boleh diniagakan di Internet. Jangan lepaskan email esok oleh kerana esok, saya akan kongsikan sesuatu bentuk perniagaan yang amat laris di Internet!
Tip Revolusi:
Apa yang membezakan mendapat 2-3 prospek sehari atau 200-300 prospek sehari adalah- strategi promosi yang dijalankan.
Di Revolusi Perniagaan Internet, anda akan ditunjukkan cara-cara promosi perniagaan Internet anda untuk mendapatkan 200-300 atau lebih, prospek untuk perniagaan anda setiap hari.
Lebih ramai pelawat laman web anda, maka lebih tinggi peluang untuk anda mengubah prospek menjadi pelanggan anda!
Jangan lepaskan peluang ini, dan dapatkan pelanggan tanpa had!



HARI 3: Nak Jual Apa? - Informasi produk terlaris di Internet!Oleh Irfan Khairi

Apakah produk yang paling laris di Internet? Jawapannya adalah informasi. Selain daripada menjual produk, atau meniagakan perkhidmatan di Internet, anda juga boleh menjual informasi yang merupakan produk yang paling laris di Internet.

Di internet, kaedah menjual informasi yang kini popular, adalah berbentuk ebook (ebuku). Dengan pelbagai peralatan mudah alih seperti handphone, iPad, Kindle dan sebagainya, produk informasi seperti ebook bukan sahaja sebagai produk yang paling laris di Internet kini, tetapi juga mempunyai potensi yang amat besar tahun-tahun akan datang.

Tak kira apa sahaja industri yang kita jalankan, pastinya terdapat maklumat yang boleh dikongsikan, dan ianya boleh dikongsikan dalam bentuk ebook. Lihat juga kebolehan diri kita atau perkhidmatan yang kita jalankan- bolehkah ianya diubah menjadi produk informasi untuk mendapat pendapatan yang berterusan?

Sebagai contoh, sekiranya anda minat memasak, anda boleh menghasilkan ebook resipi untuk dijual di Internet. Malaysia penuh dengan berbagai-bagai masakan termasuk masakan Melayu, Cina dan juga India. Tak lupa pula negara jiran seperti Thailand, Singapore dan Indonesia. Kompilasi resepi terbaik boleh dihasilkan dalam bentuk ebook dan dijual ke seluruh dunia untuk mendapat pendapatan residual (hasilkan satu ebook, dan terima pendapatan berkali-kali)

Sekiranya anda mempunyai hasil kerja bertulis seperti thesis, projek, atau apa sahaja yang boleh diubah menjadikan format ebook, apakata anda lakukannya dan menjana pendpaatan sampingan daripada online. Salah satu format ebook yang diterima ramai adalah format PDF.

Hobi, minat dan kepakaran boleh diubah menjadi maklumat infomasi ebook. Contoh seperti "Cara menurunkan berat badan selepas bersalin", "Kaedah berhenti merokok dalam masa 14 hari", "Cara menjimatkan wang", "Tip-tip mengembara", "Lokasi-lokasi hebat selaman skuba di Malaysia" dan 1001 lagi topik boleh menjadi ebook!

Ambil pen dan kertas, dan tuliskan 3 tajuk ebook yang mungkin anda boleh hasilkan untuk dipasarkan di Internet.

Sejak 3 hari lepas, saya telah memberi idea-idea apa yang boleh dijual di Internet. Rujuk kembali email yang lepas dan cuba fikirkan apakah produk, perkhidmatan dan informasi yang boleh anda niagakan di Internet.

Esok, saya akan kongsikan pula cara bagaimana hendak memasarkan produk, perkhidmatan atau informasi anda di Internet melalui laman web!
Tip Revolusi:
Informasi adalah produk yang paling laris di Internet, dan kaedah popular meniagakan informasi adalah melalui ebook. Di Revolusi Perniagaan Internet, anda akan mempelajari kaedah menghasilkan ebook yang mempunyai permintaan tinggi- walaupun anda tidak pandai menulis!
Anda juga akan didedahkan kaedah membina kepercayaan dan kredibiliti supaya dapat membina keyakinan orang ramai untuk mendapatkan informasi daripada anda.
Sebab utama pelawat tidak membeli daripada anda adalah kerana kepercayaan. Ini kerana, tiada pertemuan bersemuka dalam perniagaan Internet, dan tahap kepercayaan adalah kurang. Oleh itu, ketahui langkah-demi langkah bagaimana anda boleh membina kepercayaan pelawat anda supaya ramai ingin menjadi pelanggan anda, di Revolusi Perniagaan Internet!

HARI 4: Laman web  - Perniagaan Internet menggunakan blogOleh Irfan Khairi
3 hari yang lepas saya telah menulis mengenai produk, perkhidmatan dan juga informasi yang boleh dijual di Internet. Sememangnya tiada had dalam apa yang boleh anda niagakan di Internet- idea perniagaan ada di mana-mana sahaja.
Harapnya, anda telah dapat idea mengenai jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di Internet. Langkah seterusnya, apabila sudah tahu apa yang boleh anda niagakan, adalah anda memerlukan laman web untuk menjalkannya, tak kira sama ada menjual pakaian bayi, produk kesihatan, perkhidmatan menjahit, atau menjual informasi cara bermain muzik, pastinya anda memerlukan laman web!
Antara cara mudah memiliki laman web adalah dengan mempunyai blog. BLOG, berasal daripada perkataan Web Log- yang pada asalnya seperti satu diari atau jurnal online. Contoh blog adalah blog saya sendiri iaitu www.irfankhairi.com
Pastinya anda pernah melawati blog-blog di Internet bukan?
Berita baiknya, blog kini bukan sekadar diari atau jurnal sahaja, tetapi sering digunakan untuk berniaga! Dan anda juga boleh mulakan perniagaan Internet anda melalui blog. 
Gunakan blog untuk meletak gambar produk-produk anda dan juga informasi berkaitan dengan produk anda. Serta kan sekali kaedah anda terima bayaran- cara paling mudah adalah untuk pelanggan bank-in harga barangan tersebut ke bank anda.
Bermacam-macam blog perniagaan boleh didapati di Internet. Sebagai contoh, http://www.emmagem.com/ adalah perniagaan Internet yang pernah saya nasihatkan di program radio "Up the Ante" BFM (89.9fm). Laman ini menggunakan blog sebagai platform menjual produk fesyen & lifestyle!
Yang menarik juga adalah, blog asas boleh dihasilkan secara percuma! Anda hanya perlu daftar di http://www.blogger.com untuk mendapatkan akaun blog untuk perniagaan anda. http://shopmycloset.blogspot.com/ adalah contoh penggunaan akaun blog percuma untuk berniaga produk fesyen juga.
Zaman ini, memulakan perniagaan Internet adalah mudah dan murah (ada juga yang percuma). Dengan hanya mempunyai blog, anda boleh menjual apa sahaja produk, perkhidmatan atau informasi anda kepada pengguna Internet serata dunia!
Jangan ketinggalan email saya esok, di mana saya akan kongsikan pula bagaimana anda boleh menggunakan Facebook sebagai platform perniagaan anda! Pastinya anda mempunyai akaun Facebook bukan?

Tip Revolusi:

Terdapat terlalu banyak blog di Internet masa kini. Sehingga ianya dikatakan untuk setiap jam, 3,000 blog baru di bina di Internet!
Namun begitu, blog masih merupakan cara yang amat penting dalam perniagaan Internet. Di Revolusi Perniagaan Internet, anda akan ketahui cara menjenamakan blog anda supaya ia menjadi lebih popular berbanding pesaing-pesaing anda.
Blog yang mendapat ramai pengunjung yang berulang akan dapat membina kepercayaan dan juga jenama perniagaan anda. Ketahui cara-caranya di Revolusi Perniagaan Internet!
 

HARI 5: Laman web  - Berniaga melalui FacebookOleh Irfan Khairi
Berkemungkinan besar, anda mempunyai akaun Facebook. Kita gunakan Facebook untuk berhubung dengan kenalan atau keluarga kita.
Selain daripada blog, seperti mana saya kongsikan semalam, Facebook juga merupakan sejenis laman web yang boleh menjadi platform perniagaan anda. Tidak kira sama ada anda menjual produk, perkhidmatan atau informasi seperti email-email yang lepas, Facebook boleh digunakan untuk mempromosikan perniagaan anda.
TETAPI!
Berhati-hati kerana RAMAI yang mempromosikan perniagaan mereka cara salah di Facebook. Mungkin anda pernah kena TAG gambar anda dengan promosi perniagaan orang lain bukan? Ataupun mungkin ada orang lain meletakkan IKLAN di bahagain comments status anda? Ataupun anda mendapat message PROMOSI dari seseorang yang anda tidak kenal mengenai perniagaan mereka?
Adakah anda suka apabila ini terjadi? Rata-ratanya ramai yang tidak suka apabila dilimpahi cara prmosi sebegini. Ianya dikenali sebagai SPAMMING. Spamming Facebook bermaksud, mempromosikan sesuatu perniagaan secara membuta tuli kepada sesiapa sahaja di Facebook.
JANGAN lakukan ini oleh kerana seperti anda, orang lain juga turut tidak suka perbuatan sebegini. Ianya hanya menjatuhkan kredibiliti sesuatu perniagaan sekiranya melakukan spamming.
Jadi, apakah caranya promosi di Facebook?
Caranya adalah dengan membina jaringan dan membina kredibiliti. Jangan anggap Facebook sebagai tempat promosi perniagaan anda, tetapi anggapnya sebagai tempat membina jaringan dan kepercayaan antara anda dan bakal-bakal pelanggan anda. 
Perbanyakkan kongsi maklumat-maklumat yang berguna berkenaan industri anda. Contoh, sekiranya anda menjual tudung, kongsikan kaedah mengikat tudung, gambar-gambar artis kegemaran anda yang mengenakan fesyen tudung, atau klip-klip video yang berkaitan sehingga videoclip Maher Zain pun boleh! Bila banyak berkongsi maklumat, keyakinan dan kredibiliti dapat dibina, dan di siti, sekali sekala, baru promosikan dan beri sesuatu diskaun untuk tudung yang dijual.
Kemudian, kongsikan lebih banyak maklumat semula! Dengan melakukan cara ini, lebih ramai akan menyertai Facebook anda dan mereka akan sukakan anda sebagai seorang usahawan!
Promosi dibolehkan melalui Facebook, tetapi, jangan lakukan promosi membuta tuli sehingga orang tidak gemar kaedah anda. Lakukan 'soft selling' dengan cara banyak berkongsikan maklumat, dan hanya sekali-sekala kongsikan mengenai perniagaan anda.
Tidak kira apa sahaja yang anda jual, kongsikan banyak maklumat dan lebihkan maklumat berkaitan dengan industri anda daripada lebihkan promosi semata-mata. Bila anda banyak berkongsi maklumat, lebih ramai yang akan menyertai Facebook anda dengan pantas. Dan ini merupakan prospek-prospek perniagaan anda!
Melalui Facebook, anda perlu membina jenama anda sebegini untuk menjamin kejayaan perniagaan anda jangka panjang. 
Semalam dan hari ini saya kongsikan menjalankan perniagaan melalui blog dan Facebook. Untuk email saya esok, saya akan kongsikan bagaimana menjalankan perniagaan anda menggunakan laman web secara terus!
Tip Revolusi:
Tahukah anda, kini syarikat-syarikat besar seperti Coca Cola, Toys R Us, Starbucks dan sebagainya berlumba-lumba menggunakan Facebook dalam meningkatkan jualan mereka?
Pemilik Facebook Mark Zuckerberg telah menghasilkan kaedah yang paling tepat dan efektif dalam promosi perniagaan- dan ianya merupakan teknik HOT untuk tahun 2011 (dan 2010 bagi mereka yang sudah tahu!) ini dalam memasarkan sesuatu perniagaan.
Apa yang lebih penting adalah, teknik ini berkos amat rendah dan dapat meyasarkan tepat kepada prospek-prospek terbaik anda tidak kira di Malaysia atau dimana sahaja di dunia!
Syarikat-syarikat besar menggunakan teknik ini, dan anda juga perlu menggunakannya! Pelajari kaedah TIP PANAS ini di Revolusi Perniagaan Internet sebelum pesaing anda menggunakannya!


HARI 6: Laman web  - Memiliki laman web sendiriOleh Irfan Khairi
Cara yang lebih profesional menjalankan perniagaan di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Memiliki laman web sendiri adalah langkah utama dalam menjalankan perniagaan Internet.
Tak kira apa sahaja yang anda niagakan, sama ada produk, perkhidmatan atau informasi, laman web merupakan "kedai" anda di Internet.
Ketika ini, untuk memiliki laman web, kosnya adalah amat rendah.
Seperti sekiranya anda mempunyai kedai di sesuatu kawasan perumahan, anda perlu membayar sewa bulanan untuk mengendalikan kedai tersebut. Di Internet juga, anda perlu membayar 'sewa'. Sewa menjalankan perniagaan di Internet dengan laman web anda sendiri adalah agak murah, iaitu dalam lingkungan RM100-RM200 setahun sahaja yang dibayar kepada syarikat Web Hosting. Ya, setahun... bukan sebulan!
Dan lebih menariknya, kedai anda bukan sahaja buka untuk sesuatu kawasan perumahan sahaja- tetapi ianya dibuka dan boleh mendapat pelanggan dari serata dunia!
Berikut adalah sedikit antara contoh laman web yang diusahakan oleh usahawan Internet tempatan- peserta-peserta seminar saya (banyak lagi boleh diberi!):
www.halalgelatine.com - menjual gelatin halal ke seluruh dunia!
www.nazira.biz - menjual tudung kepada pelanggan Malaysia dan Asia Tenggara!
www.muffinsmonster.com - menjual muffin kepada pelanggan-pelanggan Malaysia!
Terdapat dua pilihan untuk memiliki laman web anda sendiri:
  1. Belajar membina laman web sendiri (DIY)
  2. Upah orang lain membinakan laman web
1. Belajar membina laman web sendiri
Bagi yang berminat, terdapat kelas-kelas belajar membina laman web dijalankan. Kaedah membina laman web juga diajar di seminar yang saya kendalikan. Membina laman web sendiri tidak lagi susah seperti 10 tahun lalu, oleh kerana, kini terdapat perisian/software yang memudahkan kita membina laman web.
Dalam kata lain, sekiranya anda pandai menggunakan perisian seperti Microsoft Word, anda sudah boleh membina laman web asas!
Untuk membina laman web, perisian seperti NVU, Dreamweaver atau Frontpage boleh digunakan.
2. Upah orang lain membinakan laman web
Tidak semestinya anda membina laman web anda sendiri. Anda boleh juga mengupah orang membina laman web untuk anda. Seperti memiliki kedai, bukan anda yang bertukang untuk membina atau 'renovate' kedai tersebut- tetapi anda mengupah orang melakukan kerja-kerja tersebut.
Sama seperti memulakan perniagaan Internet- tidak semestinya anda membina laman web (kedai) anda sendiri. Anda boleh mengupah sahaja orang lain yang lebih mahir membinanya untuk anda. Untuk membina laman web asas juga tidak memakan belanja yang tinggi- dalam lingkungan RM200-RM300 sahaja, anda boleh memiliki laman anda sendiri.
Anda kini telah mendapat idea apa yang boleh diniagakan di Internet- sama ada produk, perkhidmatan atau informasi, dan juga platform untuk berurusan di Internet iaitu melalui blog, facebook atau laman sendiri. Esok, saya akan kongsikan kaedah untuk anda terima bayaran daripada pelanggan anda pula! Jumpa di email esok!

Tip Revolusi:
Tak kira sama ada anda membina laman web anda sendiri atau mengupah orang lain membina untuk anda, ianya amat penting untuk anda tahu apakah ciri-ciri laman web yang boleh mengubahkan pelawat menjadi pelanggan.
Isi kandungan sesuatu laman web perlu boleh mengubahkan pelawat menjadi pelanggan. Gabungan teknik penulisan jualan, psikologi perniagaan dan perkataan-perkataan yang boleh menjual akan menggandakan keuntungan sesuatu laman web perniagaan Internet.
Di Revolusi Perniagaan Internet, anda akan ketahui teknik-teknik jualan untuk menjadikan laman web anda sebuah laman yang menjual!

HARI 7: Cara terima bayaran  - Pelanggan Bank-inOleh Irfan Khairi
Cara paling mudah untuk menerima bayaran daripada pelanggan anda adalah menerima bayaran melalui bank-in.
Anda hanya perlu memberi maklumat perbankan anda untuk pelanggan melakukan bayaran bagi produk atau perkhidmatan yang anda niagakan di Internet. Mereka boleh melakukan pembayaran melalui mesin ATM bank anda ataupun di kaunter bank terus ke akaun bank anda.
Dengan kemudahan perbankan Internet kini, pembayaran menjadi semakin mudah. Pelanggan juga tidak perlu pergi ke bank untuk melakukan bayaran. Mereka boleh terus membuat bayarn (fund transfer) melalui Internet banking bank mereka seperti Maybank2U atau CIMB Clicks, ke bank anda (tidak kira bank apa pun).
Cara bank-in ini adalah mudah dan selamat untuk anda menerima bayaran dari pelanggan tempatan.
Apabila pelanggan anda telah membuat pembayaran, minta mereka SMS atau email pada anda nombor transaksi pembayaran atau bukti pembayaran yang telah dilakukan. Dengan maklumat ini, anda boleh merujuk akaun anda sama ada pembayaran telah dijelaskan ataupun belum.
Sekiranya pembayaran telah dijelaskan, maka, transaski telah berlaku dan anda perlu melakukan penghantaran produk anda atau menjalankan perkhidmatan anda untuk pelanggan tersebut.
Cara meminta pelanggan anda bank-in pembayaran adalah cara mudah dan amat efektif untuk pelanggan tempatan. Dalam email saya esok, saya akan kongsikan pula bagaimana caranya untuk anda menerima bayaran berbentuk kad kredit dari pelanggan tempatan dan juga luar negara!
Tip Revolusi:
Salah satu misi utama seseorang usahawan Internet adalah untuk membina kepercayaan pada pelanggan supaya mereka yakin untuk melakukan bayaran.
Terdapat langkah-langkah mudah yang boleh dilakukan di sesuatu laman web untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pelawat untuk melakukan bayaran.

HARI 8: Cara terima bayaran  - Terima bayaran kad kredit
Oleh Irfan Khairi
Ramai yang ingin tahu bagaimana caranya menerima bayaran berbentuk kad kredit dariapda pelanggan. Apabila menjalankan perniagaan di Internet, menyediakan kemudahan pembayaran melalui kad kredit adalah amat penting oleh kerana ia memudahkan pelanggan membuat bayaran terus secara online.
Untuk menyediakan kemudahan terima bayaran mengguna kad kredit, caranya tidak begitu susah- dan juga tidak mahal.
Dengan menggunakan perkhidmatan 'Merchant Account' online seperti PayPal.com, RBSWorldPay.com atau iPay88.com, anda boleh menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan anda. 
Merchant account boleh di ibaratkan seperti 'orang tengah' dalam menerima bayaran kad kredit dari pelanggan bagi pihak anda. Pelanggan akan melakukan pembayaran kad kredit kepada merchant account, dan merchant account bertanggungjawab menyalurkan pembayaran tersebut ke akaun bank anda. Seringkali, merchant account akan mengambil sedikit % (3%-5%) harga produk yang anda niagakan, sebagai bayaran perkhidmatan mereka.
Saya cadangkan anda menggunakan PayPal.com sebagai permulaan oleh kerana PayPal tidak mempunyai bayaran/yuran pendaftaran. Merchant account seperti RBSWorldPay.com  dan iPay88.com mengenakan yuran pendaftaran, dan ada juga merchant account yang mengenakan yuran bulanan. PayPal.com juga merupakan syarikat yang bereputasi tinggi dalam menyediakan perkhidmatan merchant account kepada usahawan Internet serata dunia termasuk Malaysia.
Untuk mendaftarakaun PayPal.com anda, lawati http://www.PayPal.com dan baca maklumat yang diberikan untuk kefahaman yang lebih mendalam.
 
Sekiranya perniagaan anda mengsasarkan pelanggan luar negara, pastikan anda mempunyai merchant account seperti PayPal.com kerana pelanggan luar sering melakukan pembayaran menggunakan Kad Kredit. Tak lupa juga sebahagian daripada pelanggan dalam Malaysia juga lebih cenderung melakukan bayaran menggunakan kad kredit.
Email saya esok akan kongsikan satu lagi kaedah pembayaran yang sering dilupakan oleh usahawan Internet, tetapi diperlukan untuk memudahkan lebih ramai melakukan pembayaran kepada anda.

HARI 9: Cara terima bayaran  - Jangan lupa cek dan wang posOleh Irfan Khairi
Anda kini tahu cara menerima bayaran menggunakan bank-in, online banking dan juga kad kredit. Jangan lupa pula kaedah pembayaran yang agak 'tradisional', tetapi masih ramai menggunakannya.
Mereka di luar bandar, terutamanya yang sukar mendapat akses perbankan, akan menggunakan perkhidmatan Wang Pos melalui pejabat pos. Manakala mereka yang menjalankan perniagaan dan ingin melakukan belian untuk perniagaan, sering menggunakan cek sebagai kaedah pembayaran.
Pembeli akan menghantar Wang Pos atau cek ke alamat anda (pastikan anda memberi alamat penuh anda di laman anda), dan anda perlu membawa wang pos tersebut ke Pejabat pos, atau cek ke bank anda untuk menunaikan bayaran tersebut. 
Proses menerima bayaran cara ini, mungkin memakan masa beberapa hari, namun, di Internet, anda hanya melakukan penghantaran produk atau perkhidmatan anda apabila pembayaran telah anda terima secara penuh- bererti, selepas wang pos ataupun cek tersebut berjaya ditunaikan.
Walaupun kedua cara ini adalah agak lambat, dengan memberi pilihan kaedah ini kepada mereka yang lebih selesa melakukan bayaran Wang Pos ataupun cek, anda dapat memaksimakan jualan perniagaan anda.

Esok saya akan mula kongsikan kaedah mempromosikan perniagaan Internet anda. 96% perniagaan Internet gagal oleh kerana kurangnya ilmu promosi. Jangan jadikan perniagaan anda sebahagian dari statistik itu!


HARI 10: Promosi  - Bertukar link dengan laman lainOleh Irfan Khairi
Pada asasnya, Internet merupakan jaringan komputer yang berpaut (link) antara sama lain yang menghubungi berbilion pengguna serata dunia.
Asas Internet adalah pautan, ataupun lebih dikenali sebagai link. Anda sering ke satu laman web dari satu laman web yang lain menggunakan link. Begitu juga dengan asas promosi di Internet, iaitu pautan/link- satu laman web perniagaan perlu mempunyai link ke laman web yang lain.
Tak kira apa sahaja perniagaan yang kita jalankan, kita perlu mencari rakan-rakan niaga di Internet untuk sekurang-kurangnya bertukar link. Erti bertukar link adalah, laman web A mempunyai link ke laman web B. Dan laman web B mempunyai link semula ke laman web A.
Contoh bertukar link adalah apabila laman web menjual tudung mempunyai link ke laman web pakaian muslimah. Begitu juga laman web pakainan muslimah tersebut perlu mempunyai link semula ke laman web tudung.
Contoh lagi adalah bertukar link laman web menjual CD lagu mempunyai link ke laman web menjual DVD wayang gambar. Begitu juga dengan laman web DVD wayang gambar tersebut mempunyai link semula ke laman web menjual CD lagu itu tadi.
Apa sahaja perniagaan Internet yang dijalankan, bertukar link dengan perniagaan yang lain- di dalam industri yang sama dan tidak bersaing- akan menambahkan lagi jumlah pelawat kedua-dua laman tersebut dengan cara berkongsi pelawat.
Katakan laman web menjual CD lagu menerima 100 pelawat sehari. Laman web DVD wayang gambar pula mendapat 100 pelawat. Dengan bertukar link, apa yang berlaku adalah kedua perniagaan ini berusaha sama untuk berkongsi pelawat. Mungkin 50 pelawat dari laman CD akan melawat laman DVD. Begitu juga 50 pelawat laman DVD akan melawat laman CD.
Apa yang berlaku adalah, di penghujung hari, atas usaha sama bertukar link tersebut, kedua laman web menerima 150 pelawat setiap hari dan bukan lagi 100.
Pertukaran link dengan laman web sebegini adalah amat efektif dalam mendapat pelawat tambahan bagi sesuatu laman web- secara percuma. Oleh kerana, pertukaran link dengan laman web lain adalah atas dasar suka sama suka. Tiada bayaran dilakukan.
Anda hanya perlu mencari perniagaan apakah yang terbaik untuk anda bertukar link. Fikirkan industri yang sama, dan perniagaan yang tidak bersaing. Mulakan dengan menghantar email kepada pemilik laman web yang anda ingin melakukan usaha sama dan nyatakan cadangan anda untuk bertukar link supaya kedua perniagaan dapat meraih pelawat yang lebih.
Bertukar link di Internet dengan laman lain adalah asas promosi sesuatu laman web. Esok saya akan kongsikan kaedah paling popular pengiklanan di Internet untuk menambahkan pelawat dan pelanggan perniagaan anda!


HARI 11: Promosi  - Meletakkan iklan banner
Oleh Irfan Khairi
Cara yang pengiklanan yang paling popular di Internet adalah pengiklanan berbentuk banner. Banner adalah iklan-iklan grafik berbagai saiz dan bentuk yang tertera di laman-laman web mempromosikan sesuatu perniagaan Internet.
Untuk meletakkan iklan banner di sesebuah laman web, bayaran dikenakan. Bayaran bergantung kepada populariti sesuatu laman web tersebut (laman yang anda ingin meletakkan iklan). Laman web yang popular (ramai pelawat) adalah lebih mahal berbanding dengan laman web yang kurang pelawat.
Berikut adalah beberapa contoh pengiklanan banner:
 
 
Seperti contoh-contoh di atas, banner mempunyai link ke laman-laman web yang dipromosikan- sama ada produk atau perkhidmatan.
Pastinya anda pernah melihat banner iklan yang terpampang di laman laman di Internet, dan mungkin juga anda pernah klik pada banner-banner ini yang membawa anda ke laman web yang diiklankan.
Iklan banner datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Seringkali, pemilik perniagaan perlu membayar kepada sesuatu laman web untuk menempatkan banner mereka pada pelawat-pelawat laman tersebut. Harga meletakkan banner di sesuatu laman web bergantung kepada:
  • Populariti laman - Laman web yang popular dan menerima ramai pelawat sering mengenakan harga lebih mahal berbanding dengan laman web yang kurang terima pelawat.
  • Saiz banner- Lagi besar sesuatu banner, lagi mahal kos untuk menempatkannya. Banner yang kecil, adalah lebih murah.
  • Lokasi banner - Lebih tinggi kedudukan sesuatu banner di laman web, lebih mahal kosnya. Banner yang ditempatkan di bahagian bawah laman web adalah lebih murah.
Cara terbaik untuk pengiklanan banner adalah, pastikan iklan diletakkan di laman yang berkaitan dengan produk yang ingin diiklankan. Fikirkan laman web industri yang sama.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin iklankan perniagaan fesyen tudung, mungkin laman web terbaik untuk meletakkan iklan adalah laman web fesyen & islamik. Sekiranya anda ingin iklankan perniagaan menjual cover handphone, mungkin laman terbaik untuk meletakkan iklan adlaah laman web berkaitan handphone. Sekiranya anda ingin menjual peta Malaysia, mungkin laman web terbaik untuk meletakkan iklan adalah laman web maklumat pelancongan Malaysia.
Pastikan iklan yang diletakkan adalah di laman web yang tepat sasaran perniagaan anda untuk memaksimakan pelaburan pengiklanan yang anda lakukan. Iklan yang tepat pada sasarannya akan memberilebih ramai pelawat ke laman web anda berbanding dengan iklan yang tidak tepat sasarannya!
Tip Revolusi:Di Revolusi Perniagaan Internet, anda akan ditunjukkan iklan-iklan banner yang paling efektif dan ciri-ciri yang perlu ada dalam sesuatu iklan supaya dapat menarik orang ramai klik pada iklan tersebut.
Teknik pemasaran banner ini adalah amat penting untuk memastikan kempen pengiklanan banner anda dapat memaksimakan keuntungan sesuatu perniagaan dengan menyediakan banner yang menjimatkan kos, efektif dalam menarik pelawat serta memberi impak untuk menyediakan pelawat membuat belian!


HARI 12: Promosi - Enjin PencariOleh Irfan Khairi
Promosi perniagaan Internet tidak semestinya memakan belanja yang tinggi. Ia juga boleh dilakukan secara percuma. Cara yang paling efektif untuk promosi sesuatu laman web secara percuma adalah menggunakan enjin pencari.
Pastinya anda pernah menggunakan  enjin pencari seperti Google, Yahoo dan MSN. Ketiga-tiga enjin pencari ini dikenali sebagai "The Big 3". Ini kerana 90% pengguna Internet menggunakan antara 3 enjin pencari ini. Bayangkan sekiranya sesiapa sahaja melakukan carian berkenaan dengan perniagaan anda di Internet, dan laman web anda tertera di search result yang dilakukan. Ini adalah promosi yang percuma dan efektif untuk apa sahaja jenis perniagaan.
Langkah pertama untuk memastikan laman web anda tersenarai di dalam enjin pencari adalah untuk anda daftar secara percuma di ketiga-tiga enjin pencari di atas. Untuk daftar secara percuma, lawati laman-laman berikut dan isikan maklumat laman web anda:
Masukkan maklumat laman web anda di URL yang diberikan di atas, dan laman web anda akan disertakan di dalam senarai carian enjin-enjin pencari tersebut. Ia mungkin akan mengambil masa antara 2 minggu hingga 1 bulan sebelum laman web anda disertakan. 
Tip Revolusi:Enjin pencari adalah kaedah penting dalam mempromosikan perniagaan Internet anda. Langkah di atas akan memasukkan laman anda di  enjin-enjin pencari di atas (belum pasti di mukasurat. Namun, untuk memastikan laman anda tersenarai di muka hadapan enjin pencari, terdapat strategi tertentu.
 
Di Revolusi Perniagaan Internet, anda akan didedahkan strategi bagaimana mendapatkan laman web anda di muka surat pertama enjin pencari, supaya lebih ramai dapat jumpa laman web anda secara percuma!


Perniagaan Internet merupakan cara mudah, murah dan cepat dalam memulakan perniagaan. namun, untuk berjaya dalam perniagaan Internet, sememangnya ilmu perniagaan Internet diperlukan. Sekiranya anda faham kaedah menjalankan perniagaan Internet dari email-email yang lepas, pastinya anda akan dapat manfaat daripada acara Revolusi Perniagaan Internet untuk mengetahui lebih banyak rahsia, strategi dan teknik perniagaan Internet yang berjaya.