Ramai yang masih belum tahu dengan hanya menulis blog, anda dapat menjana pendapatan. Google Adsense adalah agensi pengiklanan popular yang dapat menjana sumber perdapatan hanya menerusi blog.
Google Adsense adalah program perkongsian pendapatan daripada pengiklan yang disediakan oleh Google. Caj yang dikenakan oleh Google kepada pengiklan akan dikongsi bersama di antara pemilik laman web atau blog. .Apabila pelawat blog anda mengklik pada iklan Google yang diletakkan pada blog anda, anda akan mendapat duit. Lebih banyak klik yang dilakukan pada iklan anda, maka lebih banyak duit yang anda perolehi menerusi Google Adsense ini.
Kebiasaanya, Google akan membayar antara USD 0.001 sehingga USD 50.00 bagi setiap klik yang terhasil. Nilai ini bergantung kepada kata yang ada pada blog anda dan nilai yang dibida pengiklan. Lebih tinggi nilai bidaan kata kunci itu, lebih tinggi kemungkinan yang anda peroleh menerusi setiap klik. Para pengiat Google Adsense memanggil kata kunci ini sebagai high paying keyword (kata kunci bernilai tinggi). Pendaftaran untuk menyertai program ini adalah percuma.
Anda perlu menggunakan bahasa Inggeris dalam penulisan blog anda kerana pada masa ini Bahasa Melayu belum diterima dalam program Google Adsense. Anda boleh menggunakan ayat-ayat Bahasa Inggeriss yang mudah dalam penulisan blog anda. Anda boleh merujuk kepada berita online dari dalam mahupun luar negara bagi tujuan mencari idea penulisan.Anda dinasihatkan agar tidak memohon menyertai Google Adsense dengan blog dalam Bahasa Melayu kerana kakitangan Google tidak memahami Bahasa Melayu. Mungkin suatu hari nanti, Program Google Adsense akan dibuka sepenuhnya kepada blog Bahasa Melayu.
Bagaimana Google membayar anda?
Kebiasaanya, pembayaran akan dilakukan antara 23 hingga 25 haribulan pada setiap bulan, namun begitu bayaran akan dibuat jika akaun anda dapat mencapai jumlah pendapatan sekurang-kurangnya USD 100.00. Sekiranya akaun anda belum mencapai jumlah itu, baki akan dibawa ke hadapan.
Terdapat dua kaedah pembayaran yang ditawarkan.
- Cek
Kemudian, anda boleh memasukkan cek itu di mana-mana bank perdaganagan di Malaysia seperti
Maybank, CIMB, RHB, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Public Bank dan sebagainya.
- Western Union
hanya memerlukan satu hari bagi menuntut
wang anda kepada wang tunai. Jadi anda
dapat menerima pendapatan anda dengan
lebih cepat. Dengan Western Union, anda
boleh menuntut wang anda di CIMB, RHB,
Agro Bank, Pos Malaysia atau di mana -
mana bank yang mempunyai logo Wester
Union di premis mereka. Bagi mendapatkan
maklumat lanjut mengenai Western Union, anda
boleh layari http://www.westernunion.com/
Rujukan : Blog + Google Adsense = Duit
Mohd Shamsuriyadi(2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan