Jumaat, 19 Ogos 2011

Info Kecantikan

Concealer Mengikut Jenis Kulit.

'Concealer' bertujuan untuk menyamarkan noda atau bahagian yang kelihatan kurang sempurna pada wajah. Ia diaplikasikan sebelum sapuan bedak asas untuk menghindari kesan lapisan lain yang lebih tebal pada bahagian-bahagian tertentu. Berikut adalah jenis-jenis 'concealer' mengikut jenis kulit.

Liquid Concealer (cecair)
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Diaplikasikan dengan menggunakanspan atau berus.
Berperanan untuk menutupi garis lengkung hitam di bawah mata.

'Pencil Concealer'
Sesuai untuk menutupi bintik-bintik hitam atau jerawat pada kulit berminyak.
Teksturnya sedikit kering berbanding jenis cecair.

'Cream Conealer'
Kurang sesuai untuk kulit jenis berminyak.
Berbentuk 'stick' atau padat.
Berperanan untuk menutupi bintik-bintik yang jelas dan lebar.

Cara Pemakaian Concealer.
Sapukan concealer dengan jari manis. Concealer boleh disapu selepas atau tanpa bedak asas sekalipun. Jika anda mahu riasan yang lebih semulajadi, pakailah concealet dalam kadar yang minimum. Sapukan beberapa titik concealer padda bahagian kulit yang gelap terlebih dahulu. Sebaiknya, sapukan dengan jari manis kerana jari inilah yang paling lemah. Dengan itu, sapukannya lebih lembut khususnya untuk bahagian bawah mata.

Sapuan Pemerah Pipi Untuk Wajah Bentuk Hati.
Untuk menyimbangkan panjangnya wajah anda, lakukan sapuan pemerah pipi pada bahagian atas atau sekitar bahagian tulang pipi. Lakukan secara 'horizontal' (arah pemulasan ke kanan dan ke kiri melata) untuk mencipta ilusi wajah lebih lebar. Pastikan anda membuat sapuan tersebut cukup lebar supaya ia kelihatan semulajadi. Tambahkan 'shading' di bahagian dagu dengan pilihan warna pemerah pipi lebih gelapndaripada warna pipi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan