Kehidupan ini indah seumpama ChocolateBite!

IN1

Resepi Sedap Untuk Berbuka Puasa.

Masuk aje bulan Ramadhan, antara topik hangat selain fesyen baju raya ialah tentang resepi untuk berbuka puasa. Ini memang menjadi topik hangat di antara guru-guru wanita di sekolah saya terutamanya senior2....maklumlah, masing2 sibuk berkongsi resepi. Bercakap tentang makanan, buat air liur kita meleleh. oklah, mari kita tengok resepi yang sedap untuk berbuka puasa....harap ada antara resepi ini akan menjadi hidangan anda sekeluarga.


RESEPI : Sotong Masak Halia

Bahan-bahan:

500 gram sotong
1 ulas bawang bawang putih – hiris/tumbuk halus
3 ulas bawang merah– hiris/tumbuk halus
1 cm halia – hiris halus
1 cm kunyit hidup – tumbuk halus (boleh juga guna 1 sudu teh serbuk kunyit)
½ sudu teh jintan putih
1 tangkai cili merah - hiris
1 tangkai cili hijau - hiris
1 tangkai daun sup/bawang - hiris kasar
½ cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (jika suka)
Minyak masak untuk menumis


Cara penyediaan:


1. Gaul sotong dengan garam dan kunyit hingga mesra.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan sotong dan biarkan sehingga masak. Gaul sekali sekala.
4. Masukkan air , kacau dan biarkan sehingga mendidih.
5. Tutup api. Masukkan cili merah dan cili hijau. Gaul rata.
6. Masukkan ke dalam pinggan dan tabur daun sup/bawang.


RESEPI : Ketam Tumis Sambal Bertelur

Bahan-bahan.
2 ekor ketam
5 ulas bawang merah(dikisar)
2 ulas bawang putih(dikisar)
1.5 cm halia(dikisar)
1 biji telur
semangkuk kecil lada kering (dikisar)

Cara-cara :
1. Rebus ketam terlebih dahulu.
2.Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga agak pekat, kemudian, masukkan sedikit air rebusan ketam tadi dalam jumlah yang sesuai.
3. Masukkan ketam dalam bahan yang ditumis.
4. Masukkan telur ke dalam masakan tadi dan gaulkannya. Masak sehingga kuahnya menjadi agak pekat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan